Kisah Nabi Yusuf A.S
Nabi Ya’qub A.S. mempunyai 12
orang anak lelaki. Salah seorang daripadanya bernama Yusuf yang mempunyai
perjalanan hidup yang menarik. Yusuf adalah seorang pemuda yang kacak, berbudi
pekerti mulia dan berpersonaliti menarik. Nabi Ya’qub mempunyai pengaruh yang
besar terhadap Yusuf, anak yang paling disayangi baginda. Saudara-saudara Yusuf
mulai merasa cemburu dan mereka bersatu menentang Yusuf dan merancang untuk
menyingkirkannya keluar.
Mimpi Nabi Yusuf Dan Tafsirannya
Apabila Nabi Yusuf A.S.
meningkat remaja, baginda mendapat mimpi yang istimewa. Baginda segera
memberitahu bapaknya tentang mimpi tersebut. Baginda bermimpi yang terdapat 11
butir bintang dan bulan serta matahari melutut di hadapan baginda. Nabi Yusuf
A.S. sangat gembira mendapat mimpi yang menakjubkan itu. Jantung baginda
berdegup kencang semasa mengkabarkan mimpi tersebut kepada bapanya. Al-Quran
menerangkan peristiwa tersebut dalam ayat berikut:
“(Ingatlah) ketika Yusuf berkata
kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas
bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku” (Yusuf, 12: 4)
Apabila mendengar mimpi
tersebut, Nabi Ya’qub secara membisik menasihati anaknya supaya tidak
memberitahu saudara-saudaranya yang lain memandangkan rasa cemburu mereka yang
meluap-luap. Baginda memberitahu Yusuf, kemungkinan mereka akan merancang pakatan
menentang Yusuf. Nabi Ya’qub A.S. telah mentafsirkan mimpi tersebut bahwa Yusuf
akan menjadi seorang yang terkenal. Allah akan mengurniakan kebijaksanaan,
nikmat dan penghormatan. Baginda juga akan mendapat kelebihan meramalkan
kejadian masa depan. Kesimpulannya, Yusuf akan diangkat sebagai seorang nabi.
Saudara-saudaranya yang sebelas lagi (11 bintang), ibu dan bapaknya (bulan dan
matahari) akan memerlukannya dan akan tunduk terhadap kedudukannya yang mulia.
Ayat dalam Al-Quran yang berkaitan adalah seperti berikut:
“Ayahnya berkata: “Hai anakku,
janganlah kamu ceritakan mimpi-mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka
mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagi manusia.” Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi
Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari tabir mimpi-mimpi dan
disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub, sebagaimana
Dia telah menyempurnakan ni’mat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu)
Ibrahim dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
(Yusuf, 12: 6-7)
Pakatan Menentang Nabi Yusuf
A.S.
Saudara-saudara Yusuf tidak suka
baginda seorang sahaja yang disayangi Nabi Ya’qub A.S. Perasaan cemburu membara
dalam hati mereka dan mereka mengambil keputusan untuk menghapuskan baginda
Nabi Yusuf A.S. Salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya dibunuh
sahaja Nabi Yusuf A.S. tetapi saudara-saudara yang lain tidak bersetuju karena
menganggap perbuatan itu adalah amat keterlaluan. Kemudian, saudara yang lain
menyarankan supaya dicampakkan Nabi Yusuf A.S. ke dalam lubang. Semua bersetuju
dengan cadangan tersebut.
“Sesungguhnya ada beberapa
tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi
orang-orang yang bertanya. (Yaitu) ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf
dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita
sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah
kita adalah dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke
suatu daerah (yang tidak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu
saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”. Seorang
daripada mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke
dasar sumur supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak
berbuat.” ” (Yusuf, 12: 7-10)
Rancangan Dilaksanakan
Bagi melaksanakan rancangan
tersebut, saudara-saudara yang lain telah mendekati bapak mereka dan memujuk
Nabi Ya’qub untuk membawa anak kesayangannya Yusuf bersama-sama mereka
menggembala kambing. Mereka memujuk sehingga menimbulkan kecurigaan di hati
baginda. Baginda risau disebabkan rasa cemburu, mereka akan berbuat sesuatu
terhadap Yusuf. Pada mulanya Nabi Ya’qub A.S. berat hati membenarkan Yusuf
mengikuti mereka, namun anak-anaknya yang lain memujuk dengan sedaya upaya
untuk memuaskan hati bapak mereka. Mereka memberi jaminan bahwa mereka akan
menjaga adik mereka walaupun mengancam nyawa mereka. Oleh karena tidak mau
Yusuf jauh daripada saudaranya, baginda pun dengan membenarkan mereka membawa
Yusuf: Jadi mereka berpeluang untuk melaksanakan rancangan jahat mereka.
“Mereka berkata: “Wahai ayah
kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengungini kebaikan baginya.
Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia (dapat) bersenang-senang
dan (dapat) bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya.” Berkatalah
Ya’qub; “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku
khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah daripadanya.”
Mereka berkata: “Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan
(yang kuat), sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi”
Maka tatkala mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar sumur (lalu
mereka masukkan dia), dan (di waktu itu dia sudah dalam sumur) Kami wahyukan
kepada Yusuf: “Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan
mereka ini, sedang mereka tiada ingat lagi.” ” (Yusuf, 12: 11-15)
Mereka meneruskan perjalanan menuju
ke gunung. Mereka semua merasa gementar kecuali Nabi Yusuf A.S. yang akan
menjadi mangsa.
Semasa mereka bergembira dengan
perjalanan tersebut, mereka telah menolak Nabi Yusuf A.S. masuk ke dalam sebuah
perigi buta. Baginda jatuh dan merasa sakit seluruh badannya. Tiada makanan dan
minuman dalam perigi yang gelap dan menakutkan itu. Baginda menjerit tetapi
suaranya tidak dapat didengar ke atas. Baginda menyadari ini merupakan tipu
muslihat yang dilakukan oleh saudara-saudaranya.
Nabi Ya’qub Diumumkan Tentang
Kehilangan Yusuf
Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S.
merasa bersalah dalam diri mereka karena mereka telah melakukan satu perkara
yang memalukan. Mereka berjalan pulang dengan wajah-wajah yang muram. Mereka
mendekati bapaknya yang menangis. Mereka berpura-pura menangis semasa
memberitahu baginda bahwa Nabi Yusuf A.S. telah ditelan serigala. Mereka
menunjukkan baju yang dipenuhi darah sebagai bukti. Ayat Al-Quran ada menyebut
tentang kejadian ini.
“Kemudian mereka datang kepada
ayah mereka di petang hari sambil menangis. Mereka berkata: “Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf berdekatan
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala; dan kamu sekali-kali tidak akan
percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.” Mereka
datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Nabi Ya’qub
berkata: “Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang
buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah
yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan” ” (Yusuf, 16-18)
Nabi Yusuf A.S. Dikeluarkan
Dari Perigi Dan Dijual
Nabi Yusuf A.S. seorang yang sangat
tabah dan cekal. Baginda coba memanjat keluar daripada perigi yang dalam itu,
tetapi gagal. Akhirnya dia duduk sahaja sambil berdoa memohon pertolongan
Allah. Selepas beberapa lama, sebuah kafilah melalui perigi tersebut.
Sebahagian daripada mereka
memerlukan air untuk mengurangkan dahaga. Salah seorang daripada mereka
menurunkan bekas ke dalam perigi tersebut tetapi dia tidak dapat mendengar
percikan air di dalamnya. Perigi itu kering dan kosong kecuali Nabi Yusuf A.S.
yang duduk menunggu seseorang menyelamatkan baginda. Apabila bekas yang
diturunkan mengenai baginda, baginda lantas memaut pada bekas tersebut dan
akhirnya baginda berjaya keluar dari perigi tersebut. Baginda merasa sangat
lega dan bersyukur kepada Allah yang mengurniakan bantuan kepada baginda. Dia
membersihkan dirinya dan menerangkan kepada mereka tentang kejadian yang telah
menimpa dirinya. Selepas itu Nabi Yusuf A.S. telah dibawa ke Mesir dan dijual
sebagai hamba.
“Kemudian datanglah kelompok
orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang pengambil air, maka dia menurunkan
timbanya, dia berkata: “Oh, kabar gembira, ini seorang anak muda!” Kemudian
mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka kerjakan. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah,
yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada
Yusuf. Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: “Berikanlah
kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita
atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikian pulalah Kami memberikan
kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan
kepadanya tabir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan
manusia tiada mengetahuinya.” (Yusuf, 12: 19-21)
Nabi Yusuf A.S. kemudiannya
dibeli oleh seorang pembesar yang terkenal. Baginda kepada pembesar tersebut
dan keluarga.
Nabi Yusuf A.S. Mengatasi
Godaan
Nabi Yusuf A.S. adalah seorang
pemuda yang tampan dan menarik. Baginda sangat mempersonakan dan menawan.
Baginda adalah seorang budiman yang dikurniakan Allah dengan nikmat, kasih
sayang dan sentiasa dipelihara Allah. Baginda disanjungi oleh ahli-ahli rumah
tuannya. Masa berlalu, isteri tuannya telah meletakkan baginda pada kedudukan
yang tidak sepatutnya. Dia telah jatuh cinta kepada baginda dan tidak dapat
melupakan Nabi Yusuf A.S. Pada suatu hari, semasa ketiadaan suaminya, dia
mendekati baginda dan berkeinginan untuk lebih rapat lagi dengan baginda. Nabi
Yusuf A.S. mengelakkan diri daripadanya meskipun menjeling ke arah wanita
tersebut. Baginda coba melarikan diri, tetapi dia telah mengejar juga Nabi
Yusuf A.S.. Dia menarik baju Nabi Yusuf A.S. dari belakang lantas terkoyaklah
baju baginda. Tiba-tiba muncul pembesar di tempat kejadian dan dia merasa
sangat marah melihat keadaan tersebut.
Isteri pembesar sangat malu dan
menangis kekecewaan karena gagal melaksanakan perbuatan jahat yang
dirancangnya. Dia menuduh Yusuf yang tidak bersalah, telah coba mencabulinya.
Nabi Yusuf A.S. menerangkan kedudukannya yang sebenar dengan sokongan seorang
pelayan sebagai saksi dan berkata: “Lihatlah bajunya. Ia terkoyak di bahagian
belakang, Yusuf sangat tidak bersalah. Dia tidak sepatutnya dipersalahkan.
Sekiranya koyak adalah di bahagian hadapan, tertuduh boleh dianggap penipu.”
Apabila diperiksa, nyatalah baju Nabi Yusuf A.S. terkoyak di bahagian belakang
dan Nabi Yusuf A.S. didapati tidak bersalah. Tuannya yakin bahwa Nabi Yusuf
A.S. tidak bersalah dan merayu supaya dilrahsiakan kejadian tersebut dari
pengetahuan ramai. Kemudian dia menyuruh isterinya memohon maaf kepada Nabi
Yusuf A.S.
Jamuan Diatur
Ramai orang mendengar kabar
insiden yang telah berlaku itu. Mereka heboh memperkatakan tentang isteri pembesar
yang telah jatuh hati dan coba menggoda hambanya itu. Seluruh penduduk bandar
bercakap tentang kejadian tersebut.
Apabila isteri pembesar mendapat
tahu yang dia telah menjadi bahan bualan ramai, dia merancang satu jamuan
istimewa. Dia mau menunjukkan kepada orang lain bahwa daya tarikan Nabi Yusuf
A.S. amat sukar ditandingi. Jadi dia telah menjemput kebanyakan wanita di
bandar itu datang ke jamuan tersebut.
Pada hari jamuan diadakan, para
tetamu berbual dan bergembira serta dihidangkan dengan makanan dan buah-buahan.
Isteri pembesar tersebut telah memberikan sebilah pisau yang tajam kepada
setiap tetamu wanita untuk mengopek kulit buah-buahan.
Sedang mereka sibuk menggunakan
pisau tersebut, isteri pembesar telah menyuruh Nabi Yusuf A.S. masuk ke dalam
ruang tetamu. Apabila terbuka sahaja pintu, suasana menjadi diam seketika dan
Nabi Yusuf A.S. berdiri dengan tenang. Wanita-wanita tersebut melihat ke
arahnya dan terpesona dengan ketampanan baginda. Baginda sangat menarik
sehingga sebahagian besar daripada mereka terkejut. Mereka terlupa yang mereka
sedang menggunakan pisau lalu mereka terpotong jari-jari mereka dalam suasana
yang menakjubkan. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka tatkala wanita itu
(Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan
disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing
mereka sebilah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada
Yusuf): “Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka”. Maka tatkala
wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan
mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: “Maha Sempurna Allah, ini bukanlah
manusia, Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia”. Wanita itu
berkata: “Itulah dia orang yang kamu cela aku karena (tertarik) kepadanya, dan
sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan
tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku
perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk
dalam golongan orang-orang yang hina”” (Yusuf,12: 31-32)
Nabi Yusuf A.S. Dalam Penjara
Nabi Yusuf A.S. mendapati
dirinya terjebak dalam masalah yang serius. Semakin lama masalah tersebut
menjadi semakin rumit. Nabi Yusuf A.S. berdoa kepada Allah Maha Kuasa untuk
mengurniakan perlindungan daripada wanita-wanita tersebut. Baginda berharap
dapat masuk ke dalam penjara daripada diperlakukan sedemikian. Baginda juga
ingin melarikan diri daripada godaan naluri seksual mereka. Firman Allah yang
bermaksud:
“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku,
penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika
tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku ini akan
cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk
orang-orang yang bodoh” ” (Yusuf, 12: 33)
Allah telah mengabulkan doanya
untuk menahan dari godaan syaitan. Golongan elit di bandar tersebut telah sadar
bahwa wanita-wanita mereka telah terpikat dengan Nabi Yusuf A.S. Walaupun
mereka mengetahui bahwa baginda pernah terlibat dengan sebarang jenayah, mereka
mengambil keputusan untuk memenjarakan Nabi Yusuf A.S. bagi mengelakkan
kekecohan dalam masyarakat. Baginda berada di dalam penjara selama beberapa
tahun dan mendapat kawan dari golongan banduan. Di sana, baginda telah menyeru
mereka kepada agama Allah dan berusaha memulihkan mereka yang terpegun dengan
personaliti baginda.
Pada suatu hari, dua orang
banduan telah mendapat mimpi yang aneh. Lalu mereka pun datang kepada baginda
untuk mendapatkan tafsiran tentang mimpi mereka. Seorang daripada mereka telah
berkata: “Aku melihat diriku sedang memerah arak” dan banduan kedua pula
berkata: “Aku bermimpi membawa sebakul roti di atas kepala dan burung-burung
memakannya dari dalam bakul tersebut.” Nabi Yusuf A.S. menyuruh mereka menunggu
sehingga berakhirnya waktu makan tengah hari. Mereka tidak sabar-sabar untuk
mengetahui keputusannya. Pada waktu yang telah ditetapkan, Nabi Yusuf A.S. pun
memberitahu tafsiran yang telah dibuat. Lelaki yang memerah arak, akan mendapat
kebebasan dan akan menjamu arak kepada tuannya. Manakala seorang lagi akan
disalib sebagai hukuman atas jenayah yang telah dilakukannya. Firman Allah
dalam al-Quran yang bermaksud:
“Hai kedua penghuni penjara, “Adapun
salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar;
adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian
dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)””
(Yusuf, 12:41)
Tidak berapa lama kemudian,
tafsiran mimpi tersebut menjadi nyata. Apabila lelaki yang pertama hendak
meninggalkan penjara, Nabi Yusuf A.S. telah menyuruhnya mengingati tentang
tuannya. Dia pun berbuat demikian sebagi satu penghormatan tetapi dia terlupa
untuk mengumumkan kepada tuannya tentang Nabi Yusuf A.S. Jadi dia terpaksa
tinggal di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.
Baginda Terus Berdoa Dan
Mengajarkan Ajaran-Ajaran Yang Baik Semasa Dalam Penjara
Pada suatu hari, raja Mesir
telah bermimpi yang tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus.
Raja itu juga bermimpi tujuh tangkai jagung yang elok dan tujuh lagi tangkai
jagung yang lalu. Raja Mesir tersebut begitu ingin mengetahui tafsiran
mimpinya. Semua orang menjadi buntu karena tidak ada seorang pun yang
benar-benar dapat mentafsirkan mimpi tersebut. Ada yang mengatakan bahwa ia
adalah mimpi kejadian yang sudah lepas.
Bekas banduan yang telah bebas
telah memberitahi mereka tentang Nabi Yusuf A.S. yang telah mentafsirkan dengan
baik mimpinya sebelum ini. Raja tersebut sangat gembira dan menghantar lelaki
tersebut sebagai wakil untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. di dalam penjara.
Lelaki tersebut segera menemui baginda dan memohon maaf karena tidak
memberitahu tuannya tentang baginda. Kemudian dia bertanya tentang tafsiran
mimpi yang pelik itu. Nabi Yusuf A.S. berkata: “Kamu akan menabur benih untuk
tujuh tahun dengan gigih. Kemudian akan tiba tujuh tahun musim menuai yang
mewah dalam negeri. Adalah lebih baik sekiranya dsimpan sebanyak mungkin
makanan karena kemungkinan besar akan terjadi kemarau yang berpanjangan selama
tujuh tahun. Semasa tempo kesukaran tersebut, simpanan perlu dijimatkan.
Selepas itu akan tiba musim hujan lebat yang akan memusnahkan tanam-tanaman.”
Nabi Yusuf A.S. Didapati
Tidak Bersalah
Lelaki tersebut memohon
kebenaran untuk pergi memaklumkan kepada raja tentang tafsiran mimpi tersebut.
Lalu diapun pulang semula ke istana dan menceritakannya di hadapan para
pengiring raja. Mereka semua sangat terkejut manakala raja pula sangat tertarik
dan melahirkan keinginan untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Dia segera
memerintahkan supaya Nabi Yusuf A.S. dibebaskan dari penjara tetapi ditolak
oleh baginda sehinggalah baginda didapati benar-benar tidak bersalah. Baginda
mau membersihkan nama yang telah tercemar. Raja lantas memanggil para wanita
yang telah menyebabkan Nabi Yusuf A.S. dalam keadaan tidak selesa dan dipenjarakan.
Mereka mengakui bahwa baginda sememangnya tidak bersalah.
“Berkata isteri Al-Aziz: “Sekarang
jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya
(kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”” (Yusuf,
12:50)
Nabi Yusuf A.S. Dilantik
Sebagai Pengurus Gudang
Raja sangat terpehun dengan budi
pekerti dan kebijaksanaan baginda. Kemudian dia menawarkan kedudukan yang
penting dalam kerajaan dengan melantik baginda sebagai pengurus gudang. Firman
Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan raja berkata: “Bawalah
Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku”. Maka
tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu
(mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada
sisi kami”. Berkata Yusuf: “ berikanlah aku bendaharawan negara (Mesir);
sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan””
(Yusuf, 12: 54-55)
Nabi Yusuf A.S. bekerja dengan
penuh dedikasi. Baginda telah mencipta nama sebagai pegawai yang baik dan
berpengaruh.
Sementara itu, Nabi Ya’qub A.S.
hidup dalam keadaan yang sangat sedih. Baginda sangat merindui Nabi Yusuf A.S..
Baginda yakin dengan Allah yang baginda akan menemui semula anak kesayangan
baginda itu. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. juga semakin meningkat dewasa dan
tetap mengingati muslihat yang telah mereka lakukan. Kejadian itu adalah satu
perkara yang memalukan. Pada ketika itu, sudah tiba musim kemarau dan kekurangan
makanan. Keluarga Nabi Ya’qub A.S. juga mengalami keadaan yang sulit. Mereka
mendengar bahwa orang-orang Mesir mempunyai simpanan makanan yang banyak dan
menjualnya dengan harga yang berpatutan. Maka anak-anak lelaki Nabi Ya’qub A.S.
menyediakan kelengkapan untuk pergi ke Mesir untuk membeli bijiran.
Saudara-Saudara Nabi Yusuf
A.S. Ke Mesir Dan Membeli Makanan
Apabila mereka tiba di Mesir,
Nabi Yusuf A.S. dengan cepat dapat mengenali saudara-saudara baginda dan
jantungnya berdegup kencang. Baginda tidak mengingatkan mereka tentang
perbuatan yang telah mereka lakukan dan menyembunyikan identitas sebenar diri
baginda. Baginda melayan dengan baik dan menjualkan makanan kepada mereka
dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka merasa sangat terhutang budi dengan
jasa baik baginda. Sebelum berangkat pulang Nabi Yusuf A.S. berpesan: “Jika
kamu kembali ke sini, bawalah bersama adik bungsu kamu dari sebelah bapak. Jika
pemerintahan ini tidak kamu tunaikan, aku tidak akan jualkan bijirin kepada
kamu lagi”
Mereka kembali semula ke rumah
selepas perjalanan yang meletihkan. Mereka telah memberitahu bapak mereka bahwa
penjaga gudang makanan di Mesir berminat untuk melihat adik bungsu mereka.
Apabila bapak mereka mendengar akan berita tersebut, Nabi Ya’qub A.S. menjadi
sangat risau. Baginda tidak mau kejadian yang sama berlaku dan baginda amat
berat hati membenarkan adik Nabi Yusuf A.S. pergi bersama-sama mereka. Mereka
berusaha juga memujuk baginda dan berjanji dengan nama Allah, mereka akan
membawa pulang semula adik Nabi Yusuf A.S. Apabila mereka membuka karung
bijirin , mereka amat terkejut melihat uang mereka di dalam karung tersebut.
Selepas beberapa minggu,
rombongan kedua sampai di Mesir dan mereka terus ke gudang utama. Nabi Yusuf
A.S. sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Keadaan di sana pada waktu itu
sangat sibuk. Nabi Yusuf A.S. menarik adiknya ke tepi dan memberitahunya bahwa
baginda adalah Yusuf abangnya yang ditolak ke dalam perigi dahulu. Adik baginda
sangat terkejut dan merasa sangat gembira tidak terhingga. Firman Allah
bermaksud:
“Dan tatkala mereka masuk ke
(tempat) Yusuf, Yusuf membawa saudaranya (Bunyamin) ke tempatnya, Yusuf
berkata: “Sesungguhnya aku (ini) adalah saudaramu, maka janganlah kami
berdukacita terhadap apa yang telah mereka kerjakan”” (Yusuf, 12:69)
Saudara Bungsu Ditahan
Nabi Yusuf A.S. mempunyai
rancangan dalam fikirannya. Baginda menyediakan persiapan untuk mereka kembali
ke rumah dan memasukkan cawan minuman ke dalam karung bijirin adik baginda.
Semasa tersebut hendak berangkat pulang, seorang lelaki menjerit “Cawan perak
raja sudah hilang!” Semua orang merasa cemas. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S.
berkata : “Kami bukan pencuri dan kami ke sini bukan untuk berbuat kejahatan”
Salah seorang rakyat Mesir berkata: “Sesiapa yang didapati bersalah perlu
ditahan sebagai hukuman.” Semua orang bersetuju dengan hukuman tersebut” Mereka
mula mencari dalam setiap karung bijirin pelanggan. Mereka akhirnya menemui
cawan minuman yang hilang dalam karung bijirin adik Nabi Yusuf A.S. Saudara-saudaranya
yang lain mencoba meyakinkan Nabi Yusuf A.S. supaya tidak menahan adik mereka
tetapi baginda tetap menolak dan meminta supaya mereka tidak melanggar perjanjian
yang telah dibuat. Mereka merasa sangat sedih dan abang yang sulung telah
mengambil keputusan untuk pulang bertemu bapak mereka dengan membawa berita
sedih itu. Dia tetap berada di Mesir dan menghantar saudaranya yang lain untuk
mengumumkan kepada bapak mereka tentang semua yang telah berlaku. Mereka pulang
dan menyampaikan berita yang menggemparkan itu kepada bapak mereka. Tetapi
baginda tetap menunjukkan kesabaran yang tidak pernah goyah.
“Ya’qub berkata: “Hanya dirimu
sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang
baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya
kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana””
(Yusuf, 12: 83).
Walau bagaimanapun, baginda
mengarahkan anak baginda bertanyakan kabar Nabi Yusuf A.S. dan adik bungsunya
yang dirindui siang dan malam. Mereka pergi ke Mesir sekali lagi selepas
beberapa minggu. Pada kali ini, mereka hanya mempunyai uang yang sedikit.
Mereka meminta Nabi Yusuf A.S. membantu mereka. Mereka berpakaian comot dan
kelihatan sangat menyedihkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Maka ketika mereka masuk ke
(tempat) Yusuf, mereka berkata: “Hai Al-Aziz, kami dan keluarga kami telah
ditimpa kesengsaraan dan kami dating membawa barang-barang yang tak berharga,
maka sempurnakanlah sukatan untuk kami, sesungguhnya Allah memberi balasan
kepada orang-orang yang bersedekah.”” (Yusuf,12: 88)
Nabi Yusuf A.S. Menolong
Saudaranya Dan Mengumumkan Identitas Yang Sebenar
Nabi Yusuf A.S. memang terkenal
dengan sifat pemurahnya. Baginda mempunyai hati yang lembut dan mudah
bersimpati. Baginda kasihan melihat mereka dan membantu mereka dengan ikhlas
hati. Akhirnya baginda menerangkan dirinya yang sebenar.
“Mereka berkata: “Apakah kamu
ini benar-benar Yusuf?”. Yusuf menjawab: “Akulah Yusuf dan ini saudaraku.
Sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami”. Sesungguhnya
barangsiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan
pahala orang-orang yang berbuat baik.” (Yusuf,12: 90).
Pada waktu itu, semua saudaranya
ingin segera memberitahu bapak mereka tentang berita gembira tersebut. Semasa
mereka hendak berangkat pulang, Nabi Yusuf A.S. telah mengirimkan baju baginda
untuk disampaikan kepada bapak mereka. Yusuf berkata:
“Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku.” (Yusuf, 12: 93)
Saudara-saudaranya kembali ke
rumah dengan semangat yang ceria. Nabi Ya’qub sangat gembira mendengar berita
tersebut dan kembali bersinar matanya. Baginda merasa lega apabila dapat
mencium bau Nabi Yusuf A.S. daripada baju yang dikirimkan. Anak-anak baginda
memohon maaf dan mereka dimaafkan dengan hati yang terbuka.
Nabi Ya’qub A.S. Bertemu Nabi
Yusuf A.S.
Mereka akhirnya mengambil
keputusan untuk menyelesaikan segalanya di Mesir. Mereka pun memulaikan
perjalanan ke Mesir dan disambut dengan meriah setelah tiba di sana. Nabi Ya’qub
A.S. bertemu dengan anak baginda Nabi Yusuf A.S. setelah sekian lama terpisah.
Baginda berkata:
“Maka tatkala mereka masuk ke
(tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapakkya dan dia berkata : “Masuklah kamu
ke negeri Mesir, InsyaAllah dalam keadaan aman”” (Yusuf, 12: 99)
“Dan ia menaikkan kedua ibu bapakknya
ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada
Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku, inilah tabir mimpiku yang dahulu itu;
sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya
Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah
penjara dan ketika membawa kamu dari gurun padang pasir, setelah syaitan
merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha
Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah
menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku
sebahagian tabir mimpi. (Ya Tuhan). Pencipta langit dan bumi, Engkaulah
Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan
gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.”” (Yusuf, 12: 100-101).
terima kasih kongsi ea
BalasHapus