6 Mei 2013

KISAH NABI YUSUF A.S


Kisah Nabi Yusuf A.S

Nabi Ya’qub A.S. mempunyai 12 orang anak lelaki. Salah seorang daripadanya bernama Yusuf yang mempunyai perjalanan hidup yang menarik. Yusuf adalah seorang pemuda yang kacak, berbudi pekerti mulia dan berpersonaliti menarik. Nabi Ya’qub mempunyai pengaruh yang besar terhadap Yusuf, anak yang paling disayangi baginda. Saudara-saudara Yusuf mulai merasa cemburu dan mereka bersatu menentang Yusuf dan merancang untuk menyingkirkannya keluar.

Mimpi Nabi Yusuf Dan Tafsirannya

Apabila Nabi Yusuf A.S. meningkat remaja, baginda mendapat mimpi yang istimewa. Baginda segera memberitahu bapaknya tentang mimpi tersebut. Baginda bermimpi yang terdapat 11 butir bintang dan bulan serta matahari melutut di hadapan baginda. Nabi Yusuf A.S. sangat gembira mendapat mimpi yang menakjubkan itu. Jantung baginda berdegup kencang semasa mengkabarkan mimpi tersebut kepada bapanya. Al-Quran menerangkan peristiwa tersebut dalam ayat berikut:


“(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku” (Yusuf, 12: 4)

Apabila mendengar mimpi tersebut, Nabi Ya’qub secara membisik menasihati anaknya supaya tidak memberitahu saudara-saudaranya yang lain memandangkan rasa cemburu mereka yang meluap-luap. Baginda memberitahu Yusuf, kemungkinan mereka akan merancang pakatan menentang Yusuf. Nabi Ya’qub A.S. telah mentafsirkan mimpi tersebut bahwa Yusuf akan menjadi seorang yang terkenal. Allah akan mengurniakan kebijaksanaan, nikmat dan penghormatan. Baginda juga akan mendapat kelebihan meramalkan kejadian masa depan. Kesimpulannya, Yusuf akan diangkat sebagai seorang nabi. Saudara-saudaranya yang sebelas lagi (11 bintang), ibu dan bapaknya (bulan dan matahari) akan memerlukannya dan akan tunduk terhadap kedudukannya yang mulia. Ayat dalam Al-Quran yang berkaitan adalah seperti berikut:


“Ayahnya berkata: “Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi-mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari tabir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan ni’mat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Yusuf, 12: 6-7)

Pakatan Menentang Nabi Yusuf A.S.

Saudara-saudara Yusuf tidak suka baginda seorang sahaja yang disayangi Nabi Ya’qub A.S. Perasaan cemburu membara dalam hati mereka dan mereka mengambil keputusan untuk menghapuskan baginda Nabi Yusuf A.S. Salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya dibunuh sahaja Nabi Yusuf A.S. tetapi saudara-saudara yang lain tidak bersetuju karena menganggap perbuatan itu adalah amat keterlaluan. Kemudian, saudara yang lain menyarankan supaya dicampakkan Nabi Yusuf A.S. ke dalam lubang. Semua bersetuju dengan cadangan tersebut.


“Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya. (Yaitu) ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah (yang tidak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”. Seorang daripada mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar sumur supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat.” ”  (Yusuf, 12: 7-10)

Rancangan Dilaksanakan

Bagi melaksanakan rancangan tersebut, saudara-saudara yang lain telah mendekati bapak mereka dan memujuk Nabi Ya’qub untuk membawa anak kesayangannya Yusuf bersama-sama mereka menggembala kambing. Mereka memujuk sehingga menimbulkan kecurigaan di hati baginda. Baginda risau disebabkan rasa cemburu, mereka akan berbuat sesuatu terhadap Yusuf. Pada mulanya Nabi Ya’qub A.S. berat hati membenarkan Yusuf mengikuti mereka, namun anak-anaknya yang lain memujuk dengan sedaya upaya untuk memuaskan hati bapak mereka. Mereka memberi jaminan bahwa mereka akan menjaga adik mereka walaupun mengancam nyawa mereka. Oleh karena tidak mau Yusuf jauh daripada saudaranya, baginda pun dengan membenarkan mereka membawa Yusuf: Jadi mereka berpeluang untuk melaksanakan rancangan jahat mereka.


“Mereka berkata: “Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengungini kebaikan baginya. Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia (dapat) bersenang-senang dan (dapat) bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya.” Berkatalah Ya’qub; “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah daripadanya.” Mereka berkata: “Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi” Maka tatkala mereka membawanya dan sepakat memasukkannya ke dasar sumur (lalu mereka masukkan dia), dan (di waktu itu dia sudah dalam sumur) Kami wahyukan kepada Yusuf: “Sesungguhnya kamu akan menceritakan kepada mereka perbuatan mereka ini, sedang mereka tiada ingat lagi.” ” (Yusuf, 12: 11-15)

Mereka meneruskan perjalanan menuju ke gunung. Mereka semua merasa gementar kecuali Nabi Yusuf A.S. yang akan menjadi mangsa.


Semasa mereka bergembira dengan perjalanan tersebut, mereka telah menolak Nabi Yusuf A.S. masuk ke dalam sebuah perigi buta. Baginda jatuh dan merasa sakit seluruh badannya. Tiada makanan dan minuman dalam perigi yang gelap dan menakutkan itu. Baginda menjerit tetapi suaranya tidak dapat didengar ke atas. Baginda menyadari ini merupakan tipu muslihat yang dilakukan oleh saudara-saudaranya.

Nabi Ya’qub Diumumkan Tentang Kehilangan Yusuf

Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. merasa bersalah dalam diri mereka karena mereka telah melakukan satu perkara yang memalukan. Mereka berjalan pulang dengan wajah-wajah yang muram. Mereka mendekati bapaknya yang menangis. Mereka berpura-pura menangis semasa memberitahu baginda bahwa Nabi Yusuf A.S. telah ditelan serigala. Mereka menunjukkan baju yang dipenuhi darah sebagai bukti. Ayat Al-Quran ada menyebut tentang kejadian ini.


“Kemudian mereka datang kepada ayah mereka di petang hari sambil menangis. Mereka berkata: “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf berdekatan barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala; dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.” Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Nabi Ya’qub berkata: “Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan” ” (Yusuf, 16-18)

Nabi Yusuf A.S. Dikeluarkan Dari Perigi Dan Dijual

Nabi Yusuf A.S. seorang yang sangat tabah dan cekal. Baginda coba memanjat keluar daripada perigi yang dalam itu, tetapi gagal. Akhirnya dia duduk sahaja sambil berdoa memohon pertolongan Allah. Selepas beberapa lama, sebuah kafilah melalui perigi tersebut.


Sebahagian daripada mereka memerlukan air untuk mengurangkan dahaga. Salah seorang daripada mereka menurunkan bekas ke dalam perigi tersebut tetapi dia tidak dapat mendengar percikan air di dalamnya. Perigi itu kering dan kosong kecuali Nabi Yusuf A.S. yang duduk menunggu seseorang menyelamatkan baginda. Apabila bekas yang diturunkan mengenai baginda, baginda lantas memaut pada bekas tersebut dan akhirnya baginda berjaya keluar dari perigi tersebut. Baginda merasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah yang mengurniakan bantuan kepada baginda. Dia membersihkan dirinya dan menerangkan kepada mereka tentang kejadian yang telah menimpa dirinya. Selepas itu Nabi Yusuf A.S. telah dibawa ke Mesir dan dijual sebagai hamba.

“Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang pengambil air, maka dia menurunkan timbanya, dia berkata: “Oh, kabar gembira, ini seorang anak muda!” Kemudian mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya tabir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.” (Yusuf, 12: 19-21)

Nabi Yusuf A.S. kemudiannya dibeli oleh seorang pembesar yang terkenal. Baginda kepada pembesar tersebut dan keluarga.

Nabi Yusuf A.S. Mengatasi Godaan

Nabi Yusuf A.S. adalah seorang pemuda yang tampan dan menarik. Baginda sangat mempersonakan dan menawan. Baginda adalah seorang budiman yang dikurniakan Allah dengan nikmat, kasih sayang dan sentiasa dipelihara Allah. Baginda disanjungi oleh ahli-ahli rumah tuannya. Masa berlalu, isteri tuannya telah meletakkan baginda pada kedudukan yang tidak sepatutnya. Dia telah jatuh cinta kepada baginda dan tidak dapat melupakan Nabi Yusuf A.S. Pada suatu hari, semasa ketiadaan suaminya, dia mendekati baginda dan berkeinginan untuk lebih rapat lagi dengan baginda. Nabi Yusuf A.S. mengelakkan diri daripadanya meskipun menjeling ke arah wanita tersebut. Baginda coba melarikan diri, tetapi dia telah mengejar juga Nabi Yusuf A.S.. Dia menarik baju Nabi Yusuf A.S. dari belakang lantas terkoyaklah baju baginda. Tiba-tiba muncul pembesar di tempat kejadian dan dia merasa sangat marah melihat keadaan tersebut.


Isteri pembesar sangat malu dan menangis kekecewaan karena gagal melaksanakan perbuatan jahat yang dirancangnya. Dia menuduh Yusuf yang tidak bersalah, telah coba mencabulinya. Nabi Yusuf A.S. menerangkan kedudukannya yang sebenar dengan sokongan seorang pelayan sebagai saksi dan berkata: “Lihatlah bajunya. Ia terkoyak di bahagian belakang, Yusuf sangat tidak bersalah. Dia tidak sepatutnya dipersalahkan. Sekiranya koyak adalah di bahagian hadapan, tertuduh boleh dianggap penipu.” Apabila diperiksa, nyatalah baju Nabi Yusuf A.S. terkoyak di bahagian belakang dan Nabi Yusuf A.S. didapati tidak bersalah. Tuannya yakin bahwa Nabi Yusuf A.S. tidak bersalah dan merayu supaya dilrahsiakan kejadian tersebut dari pengetahuan ramai. Kemudian dia menyuruh isterinya memohon maaf kepada Nabi Yusuf A.S.

Jamuan Diatur

Ramai orang mendengar kabar insiden yang telah berlaku itu. Mereka heboh memperkatakan tentang isteri pembesar yang telah jatuh hati dan coba menggoda hambanya itu. Seluruh penduduk bandar bercakap tentang kejadian tersebut.

Apabila isteri pembesar mendapat tahu yang dia telah menjadi bahan bualan ramai, dia merancang satu jamuan istimewa. Dia mau menunjukkan kepada orang lain bahwa daya tarikan Nabi Yusuf A.S. amat sukar ditandingi. Jadi dia telah menjemput kebanyakan wanita di bandar itu datang ke jamuan tersebut.

Pada hari jamuan diadakan, para tetamu berbual dan bergembira serta dihidangkan dengan makanan dan buah-buahan. Isteri pembesar tersebut telah memberikan sebilah pisau yang tajam kepada setiap tetamu wanita untuk mengopek kulit buah-buahan.


Sedang mereka sibuk menggunakan pisau tersebut, isteri pembesar telah menyuruh Nabi Yusuf A.S. masuk ke dalam ruang tetamu. Apabila terbuka sahaja pintu, suasana menjadi diam seketika dan Nabi Yusuf A.S. berdiri dengan tenang. Wanita-wanita tersebut melihat ke arahnya dan terpesona dengan ketampanan baginda. Baginda sangat menarik sehingga sebahagian besar daripada mereka terkejut. Mereka terlupa yang mereka sedang menggunakan pisau lalu mereka terpotong jari-jari mereka dalam suasana yang menakjubkan. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebilah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): “Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka”. Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: “Maha Sempurna Allah, ini bukanlah manusia, Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia”. Wanita itu berkata: “Itulah dia orang yang kamu cela aku karena (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk dalam golongan orang-orang yang hina”” (Yusuf,12: 31-32)

Nabi Yusuf A.S. Dalam Penjara

Nabi Yusuf A.S. mendapati dirinya terjebak dalam masalah yang serius. Semakin lama masalah tersebut menjadi semakin rumit. Nabi Yusuf A.S. berdoa kepada Allah Maha Kuasa untuk mengurniakan perlindungan daripada wanita-wanita tersebut. Baginda berharap dapat masuk ke dalam penjara daripada diperlakukan sedemikian. Baginda juga ingin melarikan diri daripada godaan naluri seksual mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku ini akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh” ” (Yusuf, 12: 33)

Allah telah mengabulkan doanya untuk menahan dari godaan syaitan. Golongan elit di bandar tersebut telah sadar bahwa wanita-wanita mereka telah terpikat dengan Nabi Yusuf A.S. Walaupun mereka mengetahui bahwa baginda pernah terlibat dengan sebarang jenayah, mereka mengambil keputusan untuk memenjarakan Nabi Yusuf A.S. bagi mengelakkan kekecohan dalam masyarakat. Baginda berada di dalam penjara selama beberapa tahun dan mendapat kawan dari golongan banduan. Di sana, baginda telah menyeru mereka kepada agama Allah dan berusaha memulihkan mereka yang terpegun dengan personaliti baginda.

Pada suatu hari, dua orang banduan telah mendapat mimpi yang aneh. Lalu mereka pun datang kepada baginda untuk mendapatkan tafsiran tentang mimpi mereka. Seorang daripada mereka telah berkata: “Aku melihat diriku sedang memerah arak” dan banduan kedua pula berkata: “Aku bermimpi membawa sebakul roti di atas kepala dan burung-burung memakannya dari dalam bakul tersebut.” Nabi Yusuf A.S. menyuruh mereka menunggu sehingga berakhirnya waktu makan tengah hari. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusannya. Pada waktu yang telah ditetapkan, Nabi Yusuf A.S. pun memberitahu tafsiran yang telah dibuat. Lelaki yang memerah arak, akan mendapat kebebasan dan akan menjamu arak kepada tuannya. Manakala seorang lagi akan disalib sebagai hukuman atas jenayah yang telah dilakukannya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Hai kedua penghuni penjara, “Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)”” (Yusuf, 12:41)

Tidak berapa lama kemudian, tafsiran mimpi tersebut menjadi nyata. Apabila lelaki yang pertama hendak meninggalkan penjara, Nabi Yusuf A.S. telah menyuruhnya mengingati tentang tuannya. Dia pun berbuat demikian sebagi satu penghormatan tetapi dia terlupa untuk mengumumkan kepada tuannya tentang Nabi Yusuf A.S. Jadi dia terpaksa tinggal di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.

Baginda Terus Berdoa Dan Mengajarkan Ajaran-Ajaran Yang Baik Semasa Dalam Penjara

Pada suatu hari, raja Mesir telah bermimpi yang tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus. Raja itu juga bermimpi tujuh tangkai jagung yang elok dan tujuh lagi tangkai jagung yang lalu. Raja Mesir tersebut begitu ingin mengetahui tafsiran mimpinya. Semua orang menjadi buntu karena tidak ada seorang pun yang benar-benar dapat mentafsirkan mimpi tersebut. Ada yang mengatakan bahwa ia adalah mimpi kejadian yang sudah lepas.

Bekas banduan yang telah bebas telah memberitahi mereka tentang Nabi Yusuf A.S. yang telah mentafsirkan dengan baik mimpinya sebelum ini. Raja tersebut sangat gembira dan menghantar lelaki tersebut sebagai wakil untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. di dalam penjara. Lelaki tersebut segera menemui baginda dan memohon maaf karena tidak memberitahu tuannya tentang baginda. Kemudian dia bertanya tentang tafsiran mimpi yang pelik itu. Nabi Yusuf A.S. berkata: “Kamu akan menabur benih untuk tujuh tahun dengan gigih. Kemudian akan tiba tujuh tahun musim menuai yang mewah dalam negeri. Adalah lebih baik sekiranya dsimpan sebanyak mungkin makanan karena kemungkinan besar akan terjadi kemarau yang berpanjangan selama tujuh tahun. Semasa tempo kesukaran tersebut, simpanan perlu dijimatkan. Selepas itu akan tiba musim hujan lebat yang akan memusnahkan tanam-tanaman.”

Nabi Yusuf A.S. Didapati Tidak Bersalah

Lelaki tersebut memohon kebenaran untuk pergi memaklumkan kepada raja tentang tafsiran mimpi tersebut. Lalu diapun pulang semula ke istana dan menceritakannya di hadapan para pengiring raja. Mereka semua sangat terkejut manakala raja pula sangat tertarik dan melahirkan keinginan untuk bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Dia segera memerintahkan supaya Nabi Yusuf A.S. dibebaskan dari penjara tetapi ditolak oleh baginda sehinggalah baginda didapati benar-benar tidak bersalah. Baginda mau membersihkan nama yang telah tercemar. Raja lantas memanggil para wanita yang telah menyebabkan Nabi Yusuf A.S. dalam keadaan tidak selesa dan dipenjarakan. Mereka mengakui bahwa baginda sememangnya tidak bersalah.

“Berkata isteri Al-Aziz: “Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”” (Yusuf, 12:50)

Nabi Yusuf A.S. Dilantik Sebagai Pengurus Gudang

Raja sangat terpehun dengan budi pekerti dan kebijaksanaan baginda. Kemudian dia menawarkan kedudukan yang penting dalam kerajaan dengan melantik baginda sebagai pengurus gudang. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku”. Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”. Berkata Yusuf: “ berikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”” (Yusuf, 12: 54-55)

Nabi Yusuf A.S. bekerja dengan penuh dedikasi. Baginda telah mencipta nama sebagai pegawai yang baik dan berpengaruh.

Sementara itu, Nabi Ya’qub A.S. hidup dalam keadaan yang sangat sedih. Baginda sangat merindui Nabi Yusuf A.S.. Baginda yakin dengan Allah yang baginda akan menemui semula anak kesayangan baginda itu. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. juga semakin meningkat dewasa dan tetap mengingati muslihat yang telah mereka lakukan. Kejadian itu adalah satu perkara yang memalukan. Pada ketika itu, sudah tiba musim kemarau dan kekurangan makanan. Keluarga Nabi Ya’qub A.S. juga mengalami keadaan yang sulit. Mereka mendengar bahwa orang-orang Mesir mempunyai simpanan makanan yang banyak dan menjualnya dengan harga yang berpatutan. Maka anak-anak lelaki Nabi Ya’qub A.S. menyediakan kelengkapan untuk pergi ke Mesir untuk membeli bijiran.

Saudara-Saudara Nabi Yusuf A.S. Ke Mesir Dan Membeli Makanan

Apabila mereka tiba di Mesir, Nabi Yusuf A.S. dengan cepat dapat mengenali saudara-saudara baginda dan jantungnya berdegup kencang. Baginda tidak mengingatkan mereka tentang perbuatan yang telah mereka lakukan dan menyembunyikan identitas sebenar diri baginda. Baginda melayan dengan baik dan menjualkan makanan kepada mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Mereka merasa sangat terhutang budi dengan jasa baik baginda. Sebelum berangkat pulang Nabi Yusuf A.S. berpesan: “Jika kamu kembali ke sini, bawalah bersama adik bungsu kamu dari sebelah bapak. Jika pemerintahan ini tidak kamu tunaikan, aku tidak akan jualkan bijirin kepada kamu lagi”
Mereka kembali semula ke rumah selepas perjalanan yang meletihkan. Mereka telah memberitahu bapak mereka bahwa penjaga gudang makanan di Mesir berminat untuk melihat adik bungsu mereka. Apabila bapak mereka mendengar akan berita tersebut, Nabi Ya’qub A.S. menjadi sangat risau. Baginda tidak mau kejadian yang sama berlaku dan baginda amat berat hati membenarkan adik Nabi Yusuf A.S. pergi bersama-sama mereka. Mereka berusaha juga memujuk baginda dan berjanji dengan nama Allah, mereka akan membawa pulang semula adik Nabi Yusuf A.S. Apabila mereka membuka karung bijirin , mereka amat terkejut melihat uang mereka di dalam karung tersebut.

Selepas beberapa minggu, rombongan kedua sampai di Mesir dan mereka terus ke gudang utama. Nabi Yusuf A.S. sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Keadaan di sana pada waktu itu sangat sibuk. Nabi Yusuf A.S. menarik adiknya ke tepi dan memberitahunya bahwa baginda adalah Yusuf abangnya yang ditolak ke dalam perigi dahulu. Adik baginda sangat terkejut dan merasa sangat gembira tidak terhingga. Firman Allah bermaksud:

“Dan tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf, Yusuf membawa saudaranya (Bunyamin) ke tempatnya, Yusuf berkata: “Sesungguhnya aku (ini) adalah saudaramu, maka janganlah kami berdukacita terhadap apa yang telah mereka kerjakan”” (Yusuf, 12:69)

Saudara Bungsu Ditahan

Nabi Yusuf A.S. mempunyai rancangan dalam fikirannya. Baginda menyediakan persiapan untuk mereka kembali ke rumah dan memasukkan cawan minuman ke dalam karung bijirin adik baginda. Semasa tersebut hendak berangkat pulang, seorang lelaki menjerit “Cawan perak raja sudah hilang!” Semua orang merasa cemas. Saudara-saudara Nabi Yusuf A.S. berkata : “Kami bukan pencuri dan kami ke sini bukan untuk berbuat kejahatan” Salah seorang rakyat Mesir berkata: “Sesiapa yang didapati bersalah perlu ditahan sebagai hukuman.” Semua orang bersetuju dengan hukuman tersebut” Mereka mula mencari dalam setiap karung bijirin pelanggan. Mereka akhirnya menemui cawan minuman yang hilang dalam karung bijirin adik Nabi Yusuf A.S. Saudara-saudaranya yang lain mencoba meyakinkan Nabi Yusuf A.S. supaya tidak menahan adik mereka tetapi baginda tetap menolak dan meminta supaya mereka tidak melanggar perjanjian yang telah dibuat. Mereka merasa sangat sedih dan abang yang sulung telah mengambil keputusan untuk pulang bertemu bapak mereka dengan membawa berita sedih itu. Dia tetap berada di Mesir dan menghantar saudaranya yang lain untuk mengumumkan kepada bapak mereka tentang semua yang telah berlaku. Mereka pulang dan menyampaikan berita yang menggemparkan itu kepada bapak mereka. Tetapi baginda tetap menunjukkan kesabaran yang tidak pernah goyah.

“Ya’qub berkata: “Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”” (Yusuf, 12: 83).

Walau bagaimanapun, baginda mengarahkan anak baginda bertanyakan kabar Nabi Yusuf A.S. dan adik bungsunya yang dirindui siang dan malam. Mereka pergi ke Mesir sekali lagi selepas beberapa minggu. Pada kali ini, mereka hanya mempunyai uang yang sedikit. Mereka meminta Nabi Yusuf A.S. membantu mereka. Mereka berpakaian comot dan kelihatan sangat menyedihkan. Firman Allah yang bermaksud:

“Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata: “Hai Al-Aziz, kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami dating membawa barang-barang yang tak berharga, maka sempurnakanlah sukatan untuk kami, sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bersedekah.”” (Yusuf,12: 88)

Nabi Yusuf A.S. Menolong Saudaranya Dan Mengumumkan Identitas Yang Sebenar

Nabi Yusuf A.S. memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Baginda mempunyai hati yang lembut dan mudah bersimpati. Baginda kasihan melihat mereka dan membantu mereka dengan ikhlas hati. Akhirnya baginda menerangkan dirinya yang sebenar.

“Mereka berkata: “Apakah kamu ini benar-benar Yusuf?”. Yusuf menjawab: “Akulah Yusuf dan ini saudaraku. Sesungguhnya Allah telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami”. Sesungguhnya barangsiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” (Yusuf,12: 90).

Pada waktu itu, semua saudaranya ingin segera memberitahu bapak mereka tentang berita gembira tersebut. Semasa mereka hendak berangkat pulang, Nabi Yusuf A.S. telah mengirimkan baju baginda untuk disampaikan kepada bapak mereka. Yusuf berkata:

“Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia ke wajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku.” (Yusuf, 12: 93)

Saudara-saudaranya kembali ke rumah dengan semangat yang ceria. Nabi Ya’qub sangat gembira mendengar berita tersebut dan kembali bersinar matanya. Baginda merasa lega apabila dapat mencium bau Nabi Yusuf A.S. daripada baju yang dikirimkan. Anak-anak baginda memohon maaf dan mereka dimaafkan dengan hati yang terbuka.

Nabi Ya’qub A.S. Bertemu Nabi Yusuf A.S.

Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menyelesaikan segalanya di Mesir. Mereka pun memulaikan perjalanan ke Mesir dan disambut dengan meriah setelah tiba di sana. Nabi Ya’qub A.S. bertemu dengan anak baginda Nabi Yusuf A.S. setelah sekian lama terpisah. Baginda berkata:

“Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapakkya dan dia berkata : “Masuklah kamu ke negeri Mesir, InsyaAllah dalam keadaan aman”” (Yusuf, 12: 99)

“Dan ia menaikkan kedua ibu bapakknya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku, inilah tabir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari gurun padang pasir, setelah syaitan merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian tabir mimpi. (Ya Tuhan). Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.”” (Yusuf, 12: 100-101).

1 komentar: