Kisah Nabi Muhammad Baginda Rasulullah S.A.W.
Semasa umat manusia dalam
kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada hari Isnin 12
Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 571 Masehi di Makkah. Bayi yang dilahirkan
bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi
tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda
dilahirkan yaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Abdullah dalam
perjalanan pulang dari Syam (Syiria) kerana berniaga. Di tengah-tengah
perjalanan pulang ke Mekah maka sakitlah beliau hingga wafat di Madinah. Ibunya
bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih
sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum
pernah wujud sebelumnya. Sebelum nabi dilahirkan, ibunya sudah mendapat alamat
tentang akan lahirnya.
Selepas itu Muhammad disusukan
selama beberapa hari oleh Thuwaibah, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu
kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan
bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad
yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mau menerima
baginda karena Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa
pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati
keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan
dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal
selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada
Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Dalam tahun lahirnya nabi,
gabenor Abbessinia yang memerintah Yaman yang beragama Nasrani membuat sebuah
gereja di ibu kota San’a. Gereja itu dibuat sebaiknya dan sebesarnya karena
maksudnya gereja itu akan dijadikan balai pertemuan negeri dan agama, untuk
menggantikan Ka’abah yang ada di kota Mekah. Abrahah, panglima perangnya menuju
kota Mekah beserta pasukan gajahnya untuk menghancurkan Ka’abah. Di luar kota, Abrahah
berhenti dan memberitahu pada penduduk kota Mekah tentang kedatangannya.
Selama berhenti
perajurit-perajuritnya merampas beberapa ekor unta kepunyaan Abdul Muthalib.
Abdul Muthalib lantas pergi menemui Abrahah untuk meminta kembali untanya.
Abrahah heran dengan kedatangan Abdul Muthalib, diduganya kedatangan beliau
pasti untuk meminta agar Ka’abah tidak dirusakkan. Abrahah berkata: “Kamu hanya
sayangkan unta kamu tetapi tidak mempedulikan Ka’abahmu. Saya datang ke mari
untuk membinasakannya.”
Jawab Abdul Muthalib: “Saya
memikirkan untaku karena saya tuannya. Tentang Ka’bah, biarlah tuannya sendiri
yang akan melindunginya.”
Orang-orang Quraisy karena tidak
berdaya melawan Abrahah maka mereka beredar ke pergunungan di luar kota. Abdul
Muthalib sebelum meninggalkan kota ia memegang kelambu Ka’abah sambil berdoa: “Ya
Allah, ini rumah tuan. Kami merasa lemah untuk melindunginya. Sudilah kiranya
tuan melimpahkan perhatian dan perlindungan padanya.”
Penyakit cacar menjalar di kalangan
tentera Abrahah dan merusakkan pasukannya. Karena hebatnya penyakit itu,
akibatnya mereka banyak mati dan yang hidup lari tunggang langgang hingga tidak
menghiraukan lagi mayat kawannya.
Kisah Dua Malaikat Dan Pembedahan
Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda
didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian
putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah
dan suaminya tidak menyadari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang
sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkabarkan kepada
Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh
ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman
bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih
sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan
keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib
di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib
amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk
bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Ummu Aiman, budak suruhan
perempuan yang ditinggalkan oleh bapak baginda. Baginda ditunjukkan tempat
wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di
Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan
rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari
Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa,
ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ
juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman dengan perasaan yang
sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu ketika
umurnya baru 6 tahun. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapak-bapak
saudaranya.
“Bukankah Dia mendapatimu
sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai
seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk
baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia 8 tahun, datuk baginda pula
meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat
Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas,
terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan
dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang
dalam kesusahan.
Muhammad Diasuh Oleh Abu
Talib
Selepas kewafatan datuk baginda,
Abu Talib mengambil alih tugas bapaknya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad.
Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia
mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang
Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri.
Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka
berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka
bertemu dengan seorang rahib Kristian bernama Buhaira yang telah dapat melihat
tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib
supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam karena dikhawatiri orang-orang Yahudi
akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib
mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari
perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang
ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh
penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas
sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing
penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam
semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran
manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang
sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan yaitu “Al-Amin”.
Nabi Beristeri
Selepas baginda mula meningkat
dewasa, baginda disuruh oleh bapak saudaranya untuk membawa barang dagangan
Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda
melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan
perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu
dia meluahkan rasa hatinya untuk berkawin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun
ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila
Muhammad menerima lamarannya, lalu berlangsunglah perkawinan mereka berdua.
Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami
isteri.
Dari Siti Khadijah, Nabi
mendapat 2 orang putera dan 4 orang puteri yakni;
1.
Qosim – wafat pada umur 2 tahun.
2.
Zainab – bersuamikan Abul ‘As.
3.
Ruqayyah – bersuamikan Saiyidina Othman r.a . Ruqayyah
meninggal pada waktu kemenangan dalam perang Badar.
4.
Ummi Kalthum – bersuamikan Saiyyidina Othman r.a
selepas Ruqayyah wafat.
5.
Fatimah – bersuamikan Saiyyidina Ali r.a yaitu sepupu
nabi.
6.
Abdullah – wafat sewaktu erat menyusu.
Semua puteri Nabi wafat
mendahului Nabi kecuali Fatimah yang wafat 6 bulan selepas Nabi wafat.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad
telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam.
Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian,
memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril
menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada
Muhammad.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang menciptakan” (Al-‘Alaq, 96: 1)
“Bacalah,” perintah Jibril.
“Saya tidak dapat membaca.”
jawab Nabi.
Jibril menarik Nabi padanya
serta diminta membaca. 3 kali permintaan itu diulanginya, 3 kali pula Nabi
menjawab bahwa beliau tidak tahu membaca. Oleh kerana itu adalah
perintah-perintah Allah S.W.T diucapkan oleh Jibril maka usaha Nabi untuk
membaca akan berhasil juga apabila dilakukan dengan nama Allah.
Kejadian ini berlaku pada suatu
malam di bulan Ramadhan bersamaan 611 masehi. Rasulullah pulang dengan penuh
rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang coba menenangkan baginda.
Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang
kejadian yang telah berlaku. Siti Khadijah mempunyai seorang sepupu yang
bernama Waraqah bin Naufal. Karena tidak puas hati dengan agama menyembah
berhala maka beralihlah waraqah ke agama Nasrani. Akan tetapi hatinya yang
terlalu inginkan kebenaran tidak puas juga dengan ajaran agama itu. Setelah
Waraqah mendengar wahyu yang diterima oleh Nabi tersebut dan cara bagaimana
Nabi menerimanya, maka berkatalah ia: “Itulah malaikat yang diutuskan oleh
Allah kepada Nabi Musa a.s. Saya berharap kelak saya masih hidup bilamana kelak
engkau diasingkan oleh bangsamu.”
Nabi bertanya, apakah nanti akan
diperlakukan sedemikian oleh sanak saudara dan handai taulannya. Jawab Waraqah:
“Demikianlah semua nabi diperlakukan.” Selang tidak lama kemudian wafatlah
Waraqah bin Naufal. Dan karena pengakuannya atas kenabian Muhammad dianggap dia
sebagai sahabat Nabi juga. Lama sesudah Nabi menerima wahyu yang pertama itu,
malaikat Jibril tidak datang kembali. Tetapi ini kebetulan sekali sebab kesehatan
Nabi tidak mengizinkan karena kedatangan malaikat Jibril itu, sebagaimana yang
sudah diceritakan di muka tadi dalam hal-hal yang menanyakan Nabi.
Juga sesudah Nabi berulang-ulang
menerima wahyu, kedatangan malaikat masih sahaja menyebabkan Nabi mandi peluh
dan tubuh beliau menjadi berat. Pernah kejadian Nabi menerima wahyu sedang Nabi
berada di tengah-tengah sahabatnya. Kebetulan paha Nabi bertumpang di lutut
salah seorang sahabatnya yang duduk di samping beliau. Sementara Malaikat
Jibril datang paha beliau menjadi berat, sehingga sahabat itu mengira bahwa ia
tak akan kuat lagi menahannya.
Kemudian baginda mula berdakwah
secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan
kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah
isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali
bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda. Dakwah
yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-Terangan
Setelah turunnya wahyu
memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah
pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
“Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari
orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)
Namun begitu, penduduk Quraisy
menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan
para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapak saudara baginda sendiri. Tidak
pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat
risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum
Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas
jawab Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapak saudaraku, andai
matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku
menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah
ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karenanya”
Baginda menghadapi berbagai
tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk
Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah
sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga
turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang
menerima siksaan yang berat.
Kewafatan Khadijah dan Abu
Talib
Rasulullah amat sedih melihat
tingkah laku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy karena baginda tahu akan
akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila
isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah
yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta
hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat
baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapak
saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia.
Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan
orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Isra’ Dan Mi’raj
Dalam tahun ke 11 sesudah
menerima wahyu, terjadi suatu yang luar biasa pada diri Nabi. Peristiwa itu
ialah Isra’ nya Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di
Palestina, dan Mi’rajnya dari Masjidil Aqsa ke hadrat ilahi di Sidratul
Muntaha. Nabi sendiri harus menerima perintah sholat itu secara langsung
dari Allah dan tidak cukup dengan perantaraan malaikat Jibril sahaja.
Ianya hanya dalam semalaman.
Poligami, Beristeri Lebih
Dari Satu (Bukan Nafsu, Melainkan Perintah Allah)
Sejak meninggalnya Khadijah
hingga pada waktu hijrah, Nabi tidak beristeri lagi. Atas desakan Abu Bakar dan
sahabat-sahabat lainnya dan pula untuk menghargai Abu Bakar, Nabi sedia memperisterikan anaknya Siti Aisyah. Sesudah perkawinan Nabi dengan
Aishah, Nabi memperisterikan pula Saudah binti Zam’ah, janda Sakran. Saudah
adalah seorang janda yang sudah lanjut usianya dan melarat hidupnya. Bantuan
dari masyarakat Islam susah hendak diperolehi karena masih kecilnya masyarakat
Islam pada waktu itu.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang
kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan
bapak saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan
meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala
penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima
baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di
bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di
Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari
penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w
berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentakbiran
dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua
agama, tentara dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam
Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam
ini mengandungi beberapa pasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat
termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi
dan ketentaraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar
undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang
mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi
melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali
ekspedisi tentara untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan
yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H),
Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua
peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah,
Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum
Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi
Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H
bersama dengan 10.000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai
oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat
kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama
dengan 100.000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat
baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia,
ketahuilah bahwa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu
keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu
di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan
kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu
berpegang teguh dengan dua perkara itu, yaitu kitab Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah.”
Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
Baginda telah wafat pada bulan
Juni tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai
melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara dalam kurun waktu
sekitar 20 tahun. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan
menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan.
Rasulullah adalah contoh yang terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman. Maka
dari itu, tak heran jika baginda Rasulullah S.AW. disebut sebagai suri tauladan
bagi seluruh ummat manusia, terutama bagi seluruh ummat Islam muslimin dan
muslimah diseluruh penjuru dunia ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar