Kisah
Nabi Ayyub A.S
Nabi
Ayyub A.S. adalah salah seorang daripada keturunan Nabi Ibrahim A.S. dan juga
anak saudara Nabi Ya’qub A.S. Baginda diutuskan untuk memulihkan kaum yang
tinggal di padang pasir yang terletak di timur laut Palestina.
Apabila
Nabi Ayyub A.S. dipilih menjadi nabi, baginda mula mengajar para penduduk
tentang agama Allah. Baginda menasihati mereka untuk melakukan kebaikan dan
menjauhi kejahatan. Seperti nabi-nabi yang lain, sedikit sahaja yang mahu
mendengar ajaran baginda pada mulanya, tetapi akhirnya jumlahnya makin
bertambah.
Nabi
Ayyub A.S. Adalah Seorang Hartawan
Nabi
Ayyub A.S. adalah seorang yang kaya dan sangat beriman kepada Allah. Baginda
mempunyai ladang yang luas, harta yang bernilai dan binatang ternakan yang
banyak. Semua ini tidak sedikitpun membuatkan baginda lupa diri. Kekayaan
baginda adalah kurniaan daripada Allah S.W.T.
Nabi
Ayyub A.S. Menunjukkan Kesabaran
Nabi
Ayyub A.S. adalah seorang yang besifat merendah diri dan bertakwa kepada Allah.
Baginda adalah seorang yang sangat penyabar. Baginda menderita dengan berbagai
dugaan tetapi tidak sedikit pun baginda mengeluh tentang nasib yang menimpanya.
Suatu hari, ladang baginda yang besar telah diserang oleh sekumpulan perompak.
Mereka membunuh ramai pekerja-pekerja dan membawa lari sebahagian besar
binatang ternakan. Nabi Ayyub A.S. tidak berasa sedih atas kerugian tersebut
tetapi bersyukur kepada Allah. Tidak berapa lama selepas kejadian itu, bumbung
rumah baginda pula runtuh dan ramai ahli keluarganya terlibat dalam kejadian
tersebut. Nabi Ayyub A.S. sangat terkejut tetapi baginda tetap bersabar dengan
berpegang pada iman yang kukuh. Baginda tidak menangis maupun goyah iman kepada
Allah. Baginda menganggap bahwa kesenangan dan anak-anak adalah ganjaran
daripada Allah. Sekiranya Allah mengambil semula pemberian-Nya, tiada gunanya
menangisi kehilangan tersebut.
Selepas
beberapa tahun kemudian, Nabi Ayyub A.S. menderita penyakit kulit pula.
Bahagian-bahagian tubuhnya diliputi dengan kudis yang menjijikkan. Baginda
mempunyai ulser yang buruk rupanya pada muka dan tangannya. Kudisnya dipenuhi
ulat. Diceritakan bahwa baginda mengutip ulat-ulat yang jatuh dari bengkak yang
bernanah dan memuji Allah atas penciptaan ulat-ulat tersebut. Semua kejadian
ini telah menyebabkan kawan-kawannya menganggap ia adalah akibat dosa yang
baginda lakukan. Mereka jijik memandang baginda dan meninggalkan baginda
kecuali isteri yang setia, Rahima.
Namun
begitu Rahima juga menjadi semakin letih hidup bersama dengan baginda. Dia
berdoa supaya suaminya meninggal dunia daripada terpaksa menahan kesakitan yang
berlarutan. Dia mencela suaminya yang ikhlas bertahan dengan kesakitan dialami.
Semasa Nabi Ayyub A.S. dalam keadaan yang menyedihkan, baginda berdoa:
“(Ya
Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Penyayang di antara semua penyayang” (Al-Anbiyya, 21: 83).
Allah
telah mengabulkan doanya. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Maka
Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada
padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan
bilangan mereka sebagai satu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan
bagi semua yang menyembah Allah” (Al-Anbiyya, 21: 84)
Nabi
Ayyub A.S. Sembuh Dan Kembali Mewah
Lalu
Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada baginda. Baginda di arahkan untuk
menghentakkan kaki ke bumi. Baginda menurutinya dan dengan izin Allah, keluar
mata air dari tempat tersebut. Baginda lantas mandi dengan air tersebut dan
hilanglah kesakitan yang dialami. Selepas itu, baginda dikembalikan dengan
kekayaan dahulu. Baginda melutut dan bersyukur yang amat sangat dengan anugerah
yang diberi. Baginda tidak lupa dengan bantuan, belas kasihan dan kasih Allah
terhadap baginda.
Nabi
Ayyub A.S. adalah salah seorang nabi yang terkenal. Baginda menjadi teladan bahwa
sesiapa yang sabar menahan dugaan dan ujian dalam apa jua keadaan, akhirnya
akan mendapat ganjaran yang tinggi. Allah telah menerangkan dalam Al-Qu’ran:
“Dan
sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan, ‘Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun’. Mereka itulah yang
mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (A Baqarah, 2: 155-157)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar