Kisah Nabi Ibrahim A.S
Kedatangan Nabi Ibrahim A.S.
Pada suatu ketika dahulu, Allah
telah memberi penghormatan dengan memilih Ibrahim sebagai nabi. Baginda berasal
dari Mesopotamia yang sekarang dikenali sebagai Iraq Selatan. Baginda adalah
model yang sesuai untuk umat manusia. Allah telah menyebutnya dalam Al-Quran
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Ibrahim adalah
seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan seorang
yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Dan
sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan),
(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan
menunjukinya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di
dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang
salih” (An-Nahl, 16: 120-122).
Seruan baginda kepada kaum yang
menganuti kepercayaan animisme. Pada zaman itu, kejahilan menguasai pemikiran
para penduduk. Kebanyakannya tidak mengetahui tentang Allah dan ajaran-Nya.
Mereka memuja matahari, bulan dan bintang namun mereka juga merupakan ahli
astronomi yang mengetahui pergerakan planet. Mereka juga menyembah berhala yang
diperbuat daripada batu dan kayu dan memberi berbagai bentuk pemberian kepada
berhala-berhala tersebut. Ahli agama mendapat tempat yang baik dalam masyarakat
dan diperintahkan kepada para penduduk supaya mereka dihormati. Mereka ini juga
dibayar dengan lumayan tetapi kaum yang miskin makin tertindas.
Nabi Ibrahim A.S. merupakan anak
kepada Terah yang lebih dikenali sebagai Adhar. Adhar adalah seorang pengukir
berhala dan juga pengikut kepercayaan animisme. Dia turut memaksa Nabi Ibrahim
A.S. melakukan kerja mengukir berhala tetapi baginda enggan melakukannya.
Baginda sangat benci akan berhala yang tidak boleh melihat, mendengar dan
bercakap itu.
Ajaran Nabi Ibrahim A.S.
Nabi Ibrahim A.S. menerima wahyu
daripada Allah melalui malaikat Jibril. Baginda mula menyampaikan ajaran Allah
secara perlahan-lahan. Baginda bekerja dengan tekun dan mula bertelagah dengan
orang yang membuat berhala.
“(Ingatkah), ketika Nabi Ibrahim
A.S. berkata kepada bapaknya dan kaum baginda: “Patung-patung apakah ini yang kamu
tekun beribadat kepadanya?”. Mereka menjawab: “Kami mendapati bapak-bapak kami
menyembahnya”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu dalam
kesesatan yang nyata”. Mereka menjawab:”Apakah kamu datang kepada kami dengan
bersungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?”.
Ibrahim berkata: “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah
menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas
yang demikian itu”. Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya
terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya.” (Al-Anbiyya,
21: 52-57)
Halangan Dari Kaumnya Dan
Perbincangan Dengan Raja Namrud
Kaum baginda tidak mengambil
perhatian ke atas apa yang diperkatakan oleh baginda. Mereka lebih suka cara mereka
sendiri. Mereka tidak mau berpaling dari menyembah bulan, bintang dan
berhala-berhala yang bodoh. Ahli agama mereka tetap menggesa orang ramai supaya
tidak mempercayai Nabi Ibrahim A.S. Mereka khawatir akan dilucut jabatan yang
dipegang pada waktu itu. Sebenarnya raja mereka Raja Namrud menganggap dirinya
sebagai tuhan. Dia mempunyai istana yang besar dan tentera yang ramai. Dia
berhajat untuk bersemuka dengan Nabi Ibrahim A.S dan akhirnya mereka bertemu
untuk berbincang. Pada waktu itu, Raja Namrud memandang Nabi Ibrahim A.S.
secara mengejek dan berkata: “Apa yang diseru olehmu kepada orang ramai?
Mengapa kamu bujuk mereka menyembah Tuhan yang tidak nampak?”. Nabi Ibrahim
A.S. menjawab: “Tuhan aku adalah satu-satunya Yang memberi dan mengambil semua
nyawa”. Namrud menjawab dengan sombong:”Aku juga mempunyai kuasa untuk melakukannya.
Aku boleh membunuh manusia dan membebaskannya juga”. Nabi Ibrahim A.S. bertanya
satu soalan yang bijak dan memeranjatkan semua orang. Baginda berkata: “Tuhan
aku menyebabkan matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Bolehkah
kamu menjadikan matahari terbit dari timur?” Mendengar akan itu, raja terdiam
kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.
Selepas beberapa hari, satu majelis
istimewa telah diadakan. Terdapat upacara besar-besaran dan semua penduduk
diwajibkan untuk menghadirinya. Mereka mabuk dan hilang pertimbangan. Hampir
kesemua penduduk telah menghadirinya kecuali Nabi Ibrahim A.S. Baginda
mempunyai rancangan tersendiri, lalu baginda ke kuil tanpa disedari orang lain.
Apabila baginda sampai di kuil, baginda melihat banyak berhala yang berdiri
tidak bergerak sedikitpun.
Nabi Ibrahim A.S. mengangkat
kapaknya dan mulai memukul berhala tersebut satu persatu. Berhala tersebut
jatuh ke lantai dan berselerakan dengan tercerai anggota badannya. Baginda merusakkan
semua berhala kecuali satu berhala yang dianggap ketua bagi kesemuannya. Tujuan
baginda adalah untuk menunjukkan bahwa berhala tiada berkuasa untuk menyakiti
orang lain atau memberi manfaat kepada sesiapa. Baginda lantas meninggalkan
kuil secara senyap.
Keputusan Untuk Membakar Nabi
Ibrahim A.S. Hidup-Hidup
Apabila perayaan selesai, orang
ramai kembali ke kuil. Para pengikut yang setia mengiringi ahli-ahli agama ke
kuil seperti biasa. Mereka terkejut melihat berhala-berhala yang telah
dipecahkan. Lantai dipenuhi dengan serpihan batu dan ketua berhala masih
terletak elok dengan kapak tergantung pada lehernya. Para ahli agama menjerit
dan orang ramai menyerbu masuk dengan keheranan. Mereka juga sangat marah dan
ingin mengetahui orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan mereka
mau membalas dendam keatasnya. Lalu terdapat di kalangan mereka yang mengagak
semuanya adalah perbuatan Nabi Ibrahim A.S. kerana baginda selalu menafikan
tuhan mereka dan menyuruh mereka menyembah Tuhan yang satu.
“Maka Ibrahim membuat berhala-berhala
itu hancur berpotong-potong kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung
yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. Mereka berkata: “Siapakah
yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk
orang-orang yang zalim”. Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang
mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim.” (Al-Anbiyya, 21: 58-60)
Nabi Ibrahim A.S. telah
dipanggil untuk menghadap raja. Apabila baginda datang, baginda telah ditanya sama
ada benar baginda yang memusnahkan semua berhala. Baginda terdiam sejenak.
Kemudian baginda mengarahkan raja bertanya kepada ketua berhala yang mempunyai
kapak tergantung di lehernya selepas kacau-balau berlaku. Nabi Ibrahim A.S.
mempersendakan orang-orang yang bodoh menyembah berhala yang tidak bernyawa dan
diperbuat daripada batu. Raja tidak mau melanjutkan perbincangan kerana hujah
Nabi Ibrahim A.S. begitu sempurna dan meyakinkan.
“Mereka bertanya: “Apakah kamu,
yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?” Ibrahim
menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya. Maka
tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara.” Maka mereka telah
kembali kepada kesedaran mereka dan lalu berkata:”Sesungguhnya kamu sekalian
adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)”, kemudian kepala mereka jadi
tertunda (lalu berkata): “Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahwa
berhala-berhala itu tidak dapat berbicara” (Al-Anbiyya, 21: 62-65)
Walaupun mereka merasa malu
tetapi mereka masih berdegil. Mereka membuat keputusan untuk membakar Nabi
Ibrahim A.S. hidup-hidup kerana menyebabkan kemusnahan berhala mereka.
Api Tidak Membakar Nabi
Ibrahim A.S
Satu relau besar disediakan.
Nabi Ibrahim A.S diikat dengan tali dan sangat susah untuk bergerak. Baginda
berada dalam keadaan tenang dan gembira apabila mengingatkan bahwa Allah akan
menyelamatkan baginda. Baginda langsung tidak melawan dan semua pemerhati
terpegun dengan perlakuan baginda.
Lalu baginda dicampakkan di
tengah relau yang panas. Nyalaan api marak membakar dan berdesir kuat tetapi
Allah memerintahkannya supaya tidak menyakiti Nabi Ibrahim A.S.
“Kami berfirman: “Hai api
menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak
berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kaum menjadikan mereka itu orang-orang
yang paling merugi” (Al-Anbiyaa', 21: 69-70)
Para penduduk yang jahil
menyangkakan Nabi Ibrahim A.S. sedang sakit terbakar menunggu mati. Mereka
langsung tidak mendengar Nabi Ibrahim A.S. menjerit kesakitan. Tidak berapa
lama selepas itu, orang ramai amat terkejut melihat Nabi Ibrahim A.S. berjalan
keluar dari relau dengan kedaan selamat seperti tiada apa yang menyentuh
baginda.
Penghijrahan Ke Palestina
Walaupun telah berlaku keajaiban
pada Nabi Ibrahim A.S., baginda tidak juga dapat mengumpul pengikut yang ramai
untuk mendengar ajaran baginda. Baginda memberi syarahan dan menempuh berbagai
dugaan dan cabaran untuk membuktikan kepatuhan dan keikhlasan baginda. Apabila
kaum tersebut menganiaya baginda, baginda diperintahkan supaya meninggalkan
kawasan tersebut dan pergi ke tanah suci yang sekarang dikenali sebagai
Palestina. Bagi mematuhi perintah tersebut, baginda tidak mengambil berat masa
rehatnya tanpa mendekati orang ramai dan mengajarkan kepada mereka tentang
Tuhan dan agama-Nya. Tiada yang dapat melemahkan semangat baginda.
Kelahiran Nabi Ismail Dan Penghijrahan
Ke Makkah
Oleh karena Nabi Ibrahim A.S.
tidak mempunyai anak dengan Sarah isteri pertama, baginda berkawin pula dengan
wanita lain bernama Hajar (Hagra). Baginda berdoa untuk memperolehi anak lelaki
yang baik dan akhirnya doa baginda dimakbulkan. Tidak berapa lama kemudian,
Hajar mengumumkan berita gembira tentang dirinya yang sudah berbadan dua.
Sampai waktunya, dia melahirkan Isma’il. Tidak lama selepas itu, Allah telah
memerintahkan Nabi Ibrahim A.S. untuk membawa isteri kedua baginda Hajar dan
Isma’il ke lembah Batha (Makkah). Bagi memenuhi perintah tersebut, mereka
terpaksa melalui berbagai rintangan dan dugaan semasa dalam perjalanan. Mereka
sampai di tempat yang dituju selepas melalui satu tempo yang panjang. Kawasan
tersebut berbukit tanpa pohon dan air. Mereka menyiapkan kemah dan meninjau
keadaan sekeliling tetapi tiada apa yang kelihatan melainkan padang pasir. Nabi
Isma’il A.S. ketika itu baru berusia beberapa bulan dan mula menangis
kedahagaan. Ibunya mula mencari sumber air namun tiada yang wujud di kawasan
tersebut.
Zam-Zam Ditemui
Hajar berlari dalam keadaan
terdesak untuk mendapatkan air antara dua anak bukit yaitu Safa dan Marwa
tetapi gagal. Dia kembali kepada anaknya yang kehausan dan dia amat terkejut
apabila melihat mata air zam-zam memancut dari bawah kaki anaknya. Dia merasa
sangat lega lalu menghilangkan dahaga anaknya dengan air tersebut. Selepas itu,
ramai orang dari jauh telah datang ke situ, tempat tinggal Hajar dan Nabi Isma’il
A.S. Akhirnya, kawasan tersebut dikenali sebagai Makkah, tempat kelahiran
Islam.
Wawasan Nabi Ibrahim A.S. Berdasarkan
Pengorbanan Nabi Isma’il A.S.
Nabi Ibrahim A.S. pulang semula
ke Palestina untuk bersama dengan isteri pertamanya Sarah. Baginda menerima
arahan untuk mengorbankan anaknya Isma’il . Baginda tidak berat hati untuk
mematuhi arahan tersebut tetapi anak baginda masih bayi ketika itu. Baginda
perlu menunggu sehingga anak itu meningkat remaja. Suatu hari baginda
memberitahu anak baginda tentang mimpinya. Baginda amat terkejut apabila
anaknya langsung tidak membantah dan bersedia untuk menjadi korban.
Nabi Isma’il A.S. berkata: “Hai
bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan
mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Ash-Shafaat, 37: 102)
Ini adalah satu keputusan yang
sukar dibuat oleh seorang yang masih muda dan itu menunjukkan keimanan baginda
yang tinggi terhadap Allah.
Pengalaman Pahit Mengorbankan
Nabi Isma’il A.S.
Pada 10 Zulhijjah, seorang bapak
dan anak kesayangan berjalan beriringan. Anak muda itu begitu sabar manakala si
bapak dengan penuh takwa mau menyempurnakan perintah yang diberi. Tiada yang
lebih berharga bagi mereka selain berbakti kepada Allah. Mereka berjalan menuju
ke Mina dengan pisau pemotong daging di tangan Nabi Ibrahim A.S. yang
menggeletar. Banyak kenangan-kenangan lalu dilampau semua oleh mereka. Akhirnya
mereka sampai juga di satu tempat yang istimewa. Nabi Ibrahim A.S. melihat anak
kesayangan baginda dengan sayu namun anak baginda menjeling baginda sekilas
dengan penuh taat dan ceria. Baginda meniarapkan Isma’il di atas tanah dengan
jantung yang berdegup kencang. Baginda menggigil dengan penuh emosi apabila baginda
meletakkan pisau pada leher Isma’il. Ketika itu adalah saat genting yang amat
sukar dilaksanakan.
Allah amat menghargai ketaatan
mereka dan berkata:
“Sesungguhnya kamu telah
membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik.” (Ash-Shafaat, 37: 102)
Apabila Nabi Ibrahim A.S.
melaksanakan arahan dalam mimpi sebelumnya, baginda diperintahkan pula supaya
tidak mengorbankan anak baginda sendiri.
Seekor kambing biri-biri diberi
untuk menggantikan Nabi Isma’il A.S. Nabi Ibrahim A.S. berdiri dan kambing biri-biri
tersebut dikorbankan. Saat yang mendebarkan itu berakhir jua dan mereka berdua
sangat gembira serta memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Sejak dari itu
sehingga sekarang adat mengorbankan manusia telah dibasmi sepenuhnya.
Berita Gembira Kelahiran Nabi
Ishaq A.S.
Apabila Nabi Ibrahim A.S.
menunjukkan ketaatan yang tinggi terhadap perintah Allah untuk mengorbankan
anak baginda Isma’il, baginda dikabarkan pula berita gembira tentang kelahiran
anak lelaki dari isteri pertama, Sarah. Ayat quran menerangkan.
“Dan Kami beri dia kabar gembira
dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang salih.
Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya
ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri yang
nyata.” (Ash-Shafaat, 37: 112-113)
Masa berlalu dan Sarah yang
sudah berusia itu mengandung dan sampai masanya dia melahirkan seorang bayi
lelaki yang diberi nama Ishaq. Kemudian, Isma’il dan Ishaq dilantik sebagai
nabi.
Pembinaan Semula Ka’bah
Rumah Allah yang pertama, Ka’bah
telah dibina oleh Nabi Adam A.S. Ia dibina semula oleh Nabi Ibrahim A.S. dan
Nabi Isma’il A.S. Makam Ibrahim masih ada bersebelahan dengannya. Tempatnya
adalah batu marmar yang diletakkan pada tempat bagina telah berdiri untuk
menaikkan dinding binaan suci tersebut di Makkah. Batu tersebut mengandungi
kesan tapak kaki Nabi Ibrahim A.S. Ayat dalam al-Quran telah menerangkan
tentang tapak kaki tersebut yang merupakan satu tanda kekuasaan Allah.
“Dan (ingatlah), ketika Kami
menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang
aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Dan telah Kami
perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang
yang tawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan sujud”. (Al-Baqarah, 2: 125)
Tempat Disemadikan
Nabi Ibrahim A.S. telah hidup
selama 175 tahun. Hidup baginda penuh dengan ujian dan. Baginda sentiasa
menyeru kaumnya beriman dengan Allah. Apabila baginda wafat, mayat baginda
disemadikan di Hebron 20 batu ke barat daya Jurusalem.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar