Bunga Rampai Aceh

Selamat Datang Di "Bunga Rampai Aceh" Http://ChaerolRiezal.Blogspot.Com

6 Mei 2013

KISAH NABI DAWUD A.S


Kisah Nabi Dawud A.S

Nabi Dawud a.s. berasal dari Bani Israil, keturunan Yahudza bin Nabi Yaakub a.s. Nama baginda telah disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran. Baginda adalah nabi dan raja yang mempunyai kerajaan yang diperturunkan kepada puteranya Sulaiman a.s. Mereka dikurniakan kenabian dan kurniaan kebaikan dunia dan akhirat.
“Dan Allah telah memberikan kerajaan dan hikmah kepada Dawud serta mengajarkan apa-apa yang dikehendaki-Nya” (Al-Baqarah, 2: 251)

Nama sebenarnya baginda ialah Dawud bin Isya bin ‘Uwaid. Baginda juga adalah seorang rasul yang dikurniakan dengan kitab samawi yaitu Zabur. Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan Kami berikan Zabur kepada Dawud” (An-nisa, 4: 163)

Nabi Dawud Bersama-Sama Thalut

Thalut dilantik menjadi raja kepada Bani Israel karena mempunyai tubuh yang perkasa dan ilmu yang luas. Namun begitu, penduduk Bani Israel merasakan bahawa beliau tidak layak untuk memegang kuasa tersebut.


Nabi Dawud telah diundang ke istana dan tinggal bersama Thalut kerana raja tersebut begitu tertarik dengan bakat seni yang ada pada baginda. Baginda akan selalu bersama Thalut di istana dan berulang balik menemui bapak baginda untuk menolongnya mengembala kambing.

Nabi Dawud a.s. Menentang Jalut

Pada suatu ketika, terjadi satu peperangan antara rakyat Israel dan Palestina. Tentera Palestina telah dipimpin oleh Jalut, pahlawan yang gagah perkasa tetapi sangat kejam. Maka Thalut pun memilih pasukan yang kuat di kalangan tenteranya untuk menentang Jalut. Nabi Dawud a.s. telah turut serta dalam peperangan tersebut.

Semasa perang berlaku, Jalut telah meminta untuk diadakan pertarungan satu lawan satu. Dia dengan angkuhnya marah ke hadapan dan mencabar musuhnya di pihak Nabi Dawud. Lalu Nabi Dawud a.s. menyambut cabaran tersebut namun diejek kembali oleh Jalut yang merasakan Nabi Dawud a.s. tidak setanding dengannya. Baginda juga dinasihati oleh Thalut supaya tidak bertarung dengan pahlawan yang berpengalaman tersebut. Namun Nabi Dawud a.s. tetap dengan keputusan baginda maka bertarunglah keduanya. Baginda berdoa sebelum bertarung yang bermaksud:


“Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” (Al-Baqarah, 2: 250)

Dengan izin Allah Nabi Dawud a.s. telah berjaya mengalahkan Jalut walaupun bertubuh kecil berbanding Jalut. Tentera Palestina akhirnya kalah dalam pertempuran dan lari bertempiaran.

Nabi Dawud a.s. Menjadi Raja

Nabi Dawud a.s. menjadi terkenal di kalangan Bani Israel selepas kejadian tersebut. Baginda telah mendapat anugerah daripada Thalut dan dikawinkan dengan puteri baginda dan dilantik sebagai ketua Komander angkatan tentera. Namun tidak lama selepas itu, Thalut berasa iri hati dengan pengaruh Nabi Dawud a.s. Salah seorang anak lelaki Thalut mempunyai pekerti yang baik telah memaklumkan baginda tentang perkara tersebut.

Selepas kematian Thalut, urusan pemerintahan dikuasai oleh Nabi Dawud a.s. dan seterusnya menjadi raja kepada Bani Israel. Baginda telah mentadbir negara dengan berkesan dan menakluki banyak kawasan. Para penduduk mendapat kemakmuran semasa pemerintahan baginda yang berhati mulia, adil dan bertakwa. Rakyatnya juga menyembah Tuhan yang satu yang mengikut pimpinan yang sebenar.

Penurunan Kitab Zabur
Allah telah menurunkan kitab Zabur kepada Nabi Dawud a.s. Kitab ini mengandungi ajaran untuk memimpin kaum Bani Israel. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan kami berikan Zabur kepada Dawud” (An-Nisaa”, 4: 163)

Rakyat akan terpegun apabila mendengar Nabi Dawud a.s. membaca ayat-ayat daripada Zabur dengan suara yang amat merdu. Semua akan mengelilinginya termasuk binatang-bintang di muka bumi ini.

Selain itu, Allah juga telah mengurniakan keistimewaan untuk menundukkan gunung ganang supaya bertasbih bersama-samanya dengan bahasa yang tidak difahami oleh manusia biasa. Pengetahuan dan kelebihan itu juga dapat dipraktikkan terhadap burung-burung untuk turut serta bersamanya.

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Dawud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): “Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Dawud”, ” (Saba”, 34: 10)

“Sesungguhnya Kami tundukkan gunung-gunung kepadanya, semuanya tasbih pada petang-petang dan pagi-pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung yang dikumpulkan, masing-masing banyak kembali kepada Allah.” (Shaad, 38: 18-19)

Nabi Dawud a.s. Sebagai Tukang Besi

Nabi Dawud a.s. adalah seorang tukang besi yang mahir. Baginda berupaya melembutkan besi yang keras dan menghasilkan berbagai bentuk barangan daripadanya. Baginda melakukannya tanpa memakai api atau sebarang alat. Besi yang dilembutkan ada yang dijadikan baju besi yang sangat elok buatannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami ajarkan kepada Dawud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).” (Al-Anbiya, 21: 80) 

“Dan Kami telah melunakkan besi untuknya.” (Saba’, 34: 10)

Nabi Dawud a.s. adalah seorang pemimpin yang begitu adil dan menggunakan masa sehariannya dengan sempurna. Baginda memperuntukkan hari-hari khusus untuk beribadat, bertugas sebagai hakim, memberi pengajaran kepada kaumnya dan untuk kepentingan peribadi.

Kematian Nabi Dawud a.s.

Nabi Dawud a.s. meninggal dunia pada usia 70 tahun dan dikebumikan di Jurusalem.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar