Bunga Rampai Aceh

Selamat Datang Di "Bunga Rampai Aceh" Http://ChaerolRiezal.Blogspot.Com

18 April 2013

Nabi Salih a.s


Salih di utuskan sebagai nabi kepada Bani Thamud untuk membetulkan kaumnya yang telah mengalami keruntuhan akhlak. Kaum Thamud adalah keturunan Thamud, cucu lelaki kepada Sam. Mereka tinggal di Wadi al-Qura dan al-Hajr antara Syria dan Hijaz. Mereka sangat taksub dengan idola-idola mereka dan mempercayai bahawa idola-idola tersebut memberikan mereka makanan dan hujan, menghalang mereka daripada bahaya dan mengembalikan kesihatan mereka apabila sakit. Kumpulan ini berkembang lebih dua abad selepas kaum 'Ad. Mereka terkenal dengan usia yang panjang dan saiz badan yang besar. Mereka membina bangunan-bangunan yang luas di dalam gua di pergunungan dan mencapai kekuasaan yang luas.

Penyembelihan Unta Betina

Nabi Salih A.S. dihantar oleh Allah untuk menyeru kumpulan tersebut menyembah Allah yang satu tetapi mereka telah memekakkan telinga mereka untuk mendengar seruan tersebut. Apabila Nabi Salih A.S. menegur tentang tuhan-tuhan mereka, mereka berkelakuan biadap terhadap baginda. Akhirnya mereka merancang untuk membunuh Nabi Salih A.S. Allah telah menghantar seekor unta betina sebagai tanda amaran kepada mereka. Sekiranya mereka memindahkan unta tersebut, Allah akan menurunkan bala ke atas mereka. Tiada yang peliknya menjadikan unta betina sebagai tanda. Diketahui bahawa Ka’bah adalah satu bangunan yang menjadi tanda dari Allah. Sesiapa yang cuba memusnahkannya adalah cuba membunuh dirinya. Sama seperti Ka'bah, unta betina adalah salah satu tanda oleh Allah. Nabi Salih A.S. meminta supaya unta itu dibenarkan untuk meragut rumput di padang dan minum di mata air. Orang-orang yang degil telah menyembelih unta tersebut semasa ia meragut rumput di padang ragut.

Hukuman Diturunkan Oleh Allah

Apabila mereka hendak bertindak melaksanakan rancangan mereka yang terakhir menentang Nabi Salih A.S. Mereka telah dimusnahkan dengan hukuman Allah. Satu bala telah menimpa dan mereka telah dimusnahkan dengan letupan gunung berapi yang meliputi kawasan mereka dengan batu-batu. Bala yang menimpa Ban Thamud itu amat dasyat.

Penerangan Dalam Al-Quran

Sesetengah rujukan yang berkaitan dengan Nabi Salih A.S. dan kaumnya adalah mengikut ayat-ayat berikut.

“Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Thamud saudara mereka, Salih. Ia berkata. "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih” Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu maharajalela di muka bumi membuat kerosakan. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahawa Salih diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Salih diutus untuk menyampaikannya” Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu” Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Salih, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.” (Al-‘Araaf, 7: 73-78)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar