Bunga Rampai Aceh

Selamat Datang Di "Bunga Rampai Aceh" Http://ChaerolRiezal.Blogspot.Com

18 April 2013

Kisah Nabi Yaqub .a.s


Allah telah menyampaikan kepada Nabi Ibrahim A.S. berita gembira tentang kelahiran Nabi yang elit yaitu Ishaq dan Ya’qub. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Maka ketika Ibrahim sudah Ibrahim sudah menjauhkan diri daripada mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya’qub Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah tutur yang baik lagi tinggi. (Maryam, 19: 49-50).

Kualiti Nabi Ya’qub

Nabi Ya’qub ialah anak lelaki Nabi Ishaq dengan isterinya Rebecca. Baginda dilahirkan di Palestin. Baginda hidup bersama bapanya dan datuknya. Baginda beriman sepenuhnya dengan Tuhan yang satu. Dia memimpin pengikutnya untuk berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan. Baginda menasihati mereka untuk sentiasa bersolat dan memberi sedekah. Baginda juga adalah seorang yang bijaksana. Allah telah mencurahkan rahmat-Nya kepada baginda dan kaum kerabat baginda.

“Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata” (Asy-Syafaat, 37: 113).

Pada usia 60 tahun, Nabi Ishaq telah dikurniakan anak kembar bernama Esau dan Ya’qub. Esau menjadi seorang pemburu dan akan memberikan daging buruannya kepada ibu bapanya yang sudah tua. Ishaq pula dipilih menjadi nabi kepada Bani Israil.

Perkahwinan Nabi Ya’qub A.S. dan Anak-anak

Telah diceritakan bahawa bapa sudaranya Laban, telah menjanjikan selama tujuh tahun untuk mengahwinkan Rachel dengan Nabi Ya’qub A.S. Pada akhir tempoh tersebut perkahwinan itu dituntut. Kemudian, baginda terlibat dengan perjanjian perkahwinan dengan tiga orang wanita. Nabi Ya’qub A.S. mempunyai empat orang isteri dan dua belas orang anak lelaki yang menjadi ketua kepada dua belas kumpulan. Nabi Yusuf A.S. dan Benjamin adalah anak Rachel. Nabi Ya’qub sangat rapat dan mengambil berat tentang mereka.

Penentangan Terhadap Nabi Yusuf A.S

Anak-anak daripada isteri-isteri lain cemburukan Nabi Yusuf A.S. dan mereka merancang untuk memisahkan Nabi Yusuf A.S. daripada bapa mereka. Mereka membawa Yusuf keluar dengan alasan untuk mengembala kambing tetapi mereka mencampakkan Yusuf ke dalam perigi buta. Mereka kembali ke rumah sambil menangis dan mengatakan bahawa serigala telah menyerang Yusuf. Nabi Ya’qub A.S. telah mengagak bahawa mereka hanya mereka-reka cerita sahaja. Baginda mengalami penyiksaan mental pada usia yang lanjut itu.

Baginda menangis siang dan malam dan akhirnya hilang penglihatannya. Selepas beberapa lama, baginda mendapat tahu yang Yusuf masih hidup dan menjadi penjaga gudang di Mesir. Nabi Ya’qub A.S. dan keluarganya pergi ke Mesir atas jemputan anaknya itu. Mereka disambut dengan baik dan Nabi Ya’qub A.S. terus menetap di sana. Baginda meninggal ketika berusia 140 tahun dan dimakamkan di Hebron (al-Khalil) seperti yang dikehendaki baginda.

Semasa Nabi Ya’qub A.S. sedang nazak, baginda memanggil semua anak-anak baginda dan berpesan seperti yang disebutkan dalam al-Quran:

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam” Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya” (Al-Baqarah, 2: 132-133).

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar