Allah telah menyampaikan kepada
Nabi Ibrahim A.S. berita gembira tentang kelahiran Nabi yang elit yaitu Ishaq
dan Ya’qub. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Maka ketika Ibrahim sudah
Ibrahim sudah menjauhkan diri daripada mereka dan dari apa yang mereka sembah
selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya’qub Dan masing-masingnya
Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari
rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah tutur yang baik lagi tinggi. (Maryam,
19: 49-50).
Kualiti Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub ialah anak lelaki
Nabi Ishaq dengan isterinya Rebecca. Baginda dilahirkan di Palestin. Baginda
hidup bersama bapanya dan datuknya. Baginda beriman sepenuhnya dengan Tuhan
yang satu. Dia memimpin pengikutnya untuk berbuat kebaikan dan menjauhi
kejahatan. Baginda menasihati mereka untuk sentiasa bersolat dan memberi
sedekah. Baginda juga adalah seorang yang bijaksana. Allah telah mencurahkan
rahmat-Nya kepada baginda dan kaum kerabat baginda.
“Kami limpahkan keberkatan
atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan
ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata” (Asy-Syafaat, 37:
113).
Pada usia 60 tahun, Nabi Ishaq
telah dikurniakan anak kembar bernama Esau dan Ya’qub. Esau menjadi seorang
pemburu dan akan memberikan daging buruannya kepada ibu bapanya yang sudah tua.
Ishaq pula dipilih menjadi nabi kepada Bani Israil.
Perkahwinan Nabi Ya’qub A.S.
dan Anak-anak
Telah diceritakan bahawa bapa
sudaranya Laban, telah menjanjikan selama tujuh tahun untuk mengahwinkan Rachel
dengan Nabi Ya’qub A.S. Pada akhir tempoh tersebut perkahwinan itu dituntut.
Kemudian, baginda terlibat dengan perjanjian perkahwinan dengan tiga orang
wanita. Nabi Ya’qub A.S. mempunyai empat orang isteri dan dua belas orang anak
lelaki yang menjadi ketua kepada dua belas kumpulan. Nabi Yusuf A.S. dan Benjamin
adalah anak Rachel. Nabi Ya’qub sangat rapat dan mengambil berat tentang
mereka.
Penentangan Terhadap Nabi
Yusuf A.S
Anak-anak daripada isteri-isteri
lain cemburukan Nabi Yusuf A.S. dan mereka merancang untuk memisahkan Nabi
Yusuf A.S. daripada bapa mereka. Mereka membawa Yusuf keluar dengan alasan
untuk mengembala kambing tetapi mereka mencampakkan Yusuf ke dalam perigi buta.
Mereka kembali ke rumah sambil menangis dan mengatakan bahawa serigala telah
menyerang Yusuf. Nabi Ya’qub A.S. telah mengagak bahawa mereka hanya
mereka-reka cerita sahaja. Baginda mengalami penyiksaan mental pada usia yang
lanjut itu.
Baginda menangis siang dan malam
dan akhirnya hilang penglihatannya. Selepas beberapa lama, baginda mendapat
tahu yang Yusuf masih hidup dan menjadi penjaga gudang di Mesir. Nabi Ya’qub
A.S. dan keluarganya pergi ke Mesir atas jemputan anaknya itu. Mereka disambut
dengan baik dan Nabi Ya’qub A.S. terus menetap di sana. Baginda meninggal
ketika berusia 140 tahun dan dimakamkan di Hebron (al-Khalil) seperti yang
dikehendaki baginda.
Semasa Nabi Ya’qub A.S. sedang
nazak, baginda memanggil semua anak-anak baginda dan berpesan seperti yang
disebutkan dalam al-Quran:
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan
ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai
anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah
kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam” Adakah kamu hadir ketika Ya’qub
kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang
kamu sembah sepeninggalanku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan
Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan
kami hanya tunduk patuh kepada-Nya” (Al-Baqarah, 2: 132-133).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar