Yahya adalah anak kepada Nabi
Zakaria A.S. Kelahirannya merupakan keajaiban karena baginda dilahirkan oleh
seorang wanita yang telah lama didapati mandul dan bapa yang sudah tua. Dalam
keadaan yang hampir berputus asa, Nabi Zakaria A.S. yang sudah berumur, berdoa
kepada Allah s.w.t. supaya mengurniakan seorang anak lelaki yang boleh menjadi
pewaris, penyampai ajaran agama Allah. Doanya telah dimakbulkan serta merta.
“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi
khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang
sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.”
(Maryam, 19: 7)
Nabi Yahya A.S. telah diberi
tugas yang mulia yaitu memimpin manusia ke jalan kebenaran. Baginda mengajak
orang lain untuk percaya dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Baginda hidup
dalam kelompok masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain. Baginda
seorang yang tidak sombong dan selalu menghabiskan sebahagian besar
kehidupannya di dalam hutan. Baginda juga seorang yang suci dan begitu mentaati
kedua orang tuanya. Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Yahya, ambillah Al-kitab
(Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi
ia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang mendalam dan sisi kami dan
kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti
kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka.
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal
dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali” (Maryam, 19: 12-15).
Nabi Yahya A.S. berpindah ke
padang pasir Judea. Baginda berpakaian jubah yang diperbuat daripada bulu unta.
Baginda hanya makan makanan ringkas dan madu liar. Khutbah baginda meninggalkan
kesan yang sangat hebat dan ramai orang datang berduyun untuk mendengar misi
yang disampaikan. Seluruh penduduk di kawasan Jordan telah memeluk agama Allah
dan mengikut ajaran baginda.
Nabi Yahya A.S. adalah nabi yang
terdahulu daripada Nabi Isa A.S. Keduanya adalah saudara sepupu yang sezaman.
Baginda saat taat melaksanakan misinya sehingga ke akhir hayat. Seorang
pemertintah Roman, Herod Antipas adalah pemerintah Galilee. Dia menjalinkan
hubungan sulit dengan Herodias, isteri kepada saudara lelakinya Herod Philip.
Nabi Yahya A.S. telah menasihatinya supaya meninggalkan perbuatan tersebut
namun tidak dihiraukan oleh raja tersebut.
Suatu hari, Herod Antipas telah
mengadakan satu majlis keramaian. Herodias memberi kebenaran kepada anaknya,
Salome untuk menari dalam majlis tersebut. Raja tersebut amat tertarik dengan
persembahan gadis tersebut. Maka dia memberitahu bahawa dia akan menunaikan apa
sahaja permintaan Salome. Dengan segera, Salome meminta dibawakan kepadanya
kepala Nabi Yahya A.S. Herod terpaksa menunaikan janjinya kerana tidak dapat
memikirkan alternatif lain. Jadi, Nabi Yahya A.S. dipancung atas hasutan ibu
Salome, gadis yang dicintainya. Makam baginda ditempatkan di Masjid Umayyah di
Syria.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar