17 April 2013

Kisah Nabi Yahya a.s


Yahya adalah anak kepada Nabi Zakaria A.S. Kelahirannya merupakan keajaiban karena baginda dilahirkan oleh seorang wanita yang telah lama didapati mandul dan bapa yang sudah tua. Dalam keadaan yang hampir berputus asa, Nabi Zakaria A.S. yang sudah berumur, berdoa kepada Allah s.w.t. supaya mengurniakan seorang anak lelaki yang boleh menjadi pewaris, penyampai ajaran agama Allah. Doanya telah dimakbulkan serta merta.

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.” (Maryam, 19: 7)

Nabi Yahya A.S. telah diberi tugas yang mulia yaitu memimpin manusia ke jalan kebenaran. Baginda mengajak orang lain untuk percaya dengan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Baginda hidup dalam kelompok masyarakat yang suka merendah-rendahkan orang lain. Baginda seorang yang tidak sombong dan selalu menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di dalam hutan. Baginda juga seorang yang suci dan begitu mentaati kedua orang tuanya. Firman Allah yang bermaksud:

“Hai Yahya, ambillah Al-kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang mendalam dan sisi kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali” (Maryam, 19: 12-15).

Nabi Yahya A.S. berpindah ke padang pasir Judea. Baginda berpakaian jubah yang diperbuat daripada bulu unta. Baginda hanya makan makanan ringkas dan madu liar. Khutbah baginda meninggalkan kesan yang sangat hebat dan ramai orang datang berduyun untuk mendengar misi yang disampaikan. Seluruh penduduk di kawasan Jordan telah memeluk agama Allah dan mengikut ajaran baginda.

Nabi Yahya A.S. adalah nabi yang terdahulu daripada Nabi Isa A.S. Keduanya adalah saudara sepupu yang sezaman. Baginda saat taat melaksanakan misinya sehingga ke akhir hayat. Seorang pemertintah Roman, Herod Antipas adalah pemerintah Galilee. Dia menjalinkan hubungan sulit dengan Herodias, isteri kepada saudara lelakinya Herod Philip. Nabi Yahya A.S. telah menasihatinya supaya meninggalkan perbuatan tersebut namun tidak dihiraukan oleh raja tersebut.

Suatu hari, Herod Antipas telah mengadakan satu majlis keramaian. Herodias memberi kebenaran kepada anaknya, Salome untuk menari dalam majlis tersebut. Raja tersebut amat tertarik dengan persembahan gadis tersebut. Maka dia memberitahu bahawa dia akan menunaikan apa sahaja permintaan Salome. Dengan segera, Salome meminta dibawakan kepadanya kepala Nabi Yahya A.S. Herod terpaksa menunaikan janjinya kerana tidak dapat memikirkan alternatif lain. Jadi, Nabi Yahya A.S. dipancung atas hasutan ibu Salome, gadis yang dicintainya. Makam baginda ditempatkan di Masjid Umayyah di Syria.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar