Zulkifli A.S. adalah salah
seorang nabi Allah. Di dalam al-Quran ada disebutkan tentang baginda dalam dua
petikan ayat yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Ismail,
Idris dan Zulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah
memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk
orang-orang yang soleh” (Al-Anbiyaa’, 21: 85-86)
“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa'
dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik” (Shaad, 38: 48)
Baginda yang dikenali sebagai
Ezekiel dalam Injil ini telah dibawa ke Babylon selepas kemusnahan Jerusalem.
Baginda dirantai dan dipenjarakan. Baginda menghadapi segala kepayahan dengan
sabar dan mencela perbuatan mungkar Bani Israel.
Ibn Jarir telah meriwayatkan
satu peristiwa yang memberi cahaya kepada hidup baginda. Apabila Al-Yasa A.S.
meningkat tua, dan ingin memberikan tugas untuk memimpin bangsa Israel kepada
yang sesuai. Baginda mengumumkan: Hanya orang tersebut akan dipertimbangkan
untuk menggantikan baginda dan yang berpuasa pada siang hari, mengingati Allah
pada malam hari dan menahan diri daripada sifat marah. Salah seorang daripada
mereka berdiri dan berkata: Aku akan patuh kepada syarat-syarat tersebut.
Baginda mengulangi syarat-syarat itu semula sebanyak tiga kali dan lelaki yang
sama berjanji dengan bersungguh-sungguh akan memenuhi syarat-syarat tersebut.
Maka dia dilantik untuk membawa tugas tersebut.
Selepas beberapa lama, dia telah
diberi ujian. Suatu hari, syaitan dalam jelmaan lelaki tua mengetuk pintu
rumahnya. Lelaki tua itu dibenarkan masuk dan membuat aduan tentang kekejaman
orang ramai terhadap dirinya. Dia menyuruh lelaki tersebut datang semula pada waktu
petang dan berjanji akan membetulkan kesilapan tersebut. Lelaki tua itu
berjanji tetapi tidak kembali semula pada waktu yang ditetapkan.
Keesokan harinya lelaki tua itu
datang semula dan mengadu seperti hari sebelumnya. Maka disuruhnya lelaki
tersebut datang pada sebelah petang. Lelaki itu berjanji dengan
bersungguh-sungguh untuk datang semula tetapi tetap memungkirinya. Pada hari
yang ketiga, lelaki tua itu datang semula mengetuk pintu rumahnya sekali lagi. Pada
kali ini, pintu tidak lagi dibuka. Maka syaitan tersebut menyelinap ke dalam
bilik dan menunjukkan dirinya kepada lelaki itu. Dia sangat terkejut melihat
jelmaan syaitan tersebut lalu menyoalnya. Lalu dia mendapati lelaki tua itu
adalah syaitan yang cuba membuatnya marah namun syaitan itu gagal. Akhirnya
lelaki tersebut dikenali sebagai Zulkifli kerana berjaya menunaikan janjinya
dengan Nabi Al-Yasa’ A.S. Dia berjaya menahan marahnya walaupun dikacau oleh
syaitan tadi. Tidak lama selepas itu, dia angkat sebagai nabi.
Baginda memerintahkan kaum Israel
untuk berperang dengan sesiapa yang melakukan kerosakan di bumi dan menentang
agama Allah. Para pengikutnya enggan menurut perintah kerana mereka takut mati.
Sebagai balasan, kebanyakan mereka akhirnya ditimpa dengan malapetaka. Sejenis
wabak telah menular dan menyebabkan kematian yang menyedihkan. Mereka lantas
lari meninggalkan tempat tersebut untuk menyelamatkan diri. Tiada siapa yang
tinggal untuk mengebumikan mayat penduduk yang mati. Mayat-mayat membusuk di
bawah sinaran cahaya matahari. Nabi Zulkifli A.S. keluar dari tempat
persembunyian selepas tujuh hari. Baginda diselubungi kesedihan melihat keadaan
yang dasyat yang dialami pengikutnya dan merayu: “Ya Allah! Engkau telah
membinasakan pengikutku. Kasihanilah mereka dan kurniakanlah kehidupan baru
kepada mereka”. Allah telah memakbulkan doa nabi, maka diberikan kembali
kehidupan kepada mereka.
“Setelah itu Kami bangkitkan
kamu sesudah mati, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah, 2: 56)
Selepas itu, Nabi Zulkifli A.S.
meninggalkan pengikutnya dan berhijrah ke Babylon dan wafat di sana.
terima kasih kongsi ea
BalasHapus