Huud A.S. adalah Nabi yang
diutuskan kepada Bani ‘Ád untuk memulihkan kaum tersebut. Salasilah keturunan
baginda berkait dengan Nabi Nuh A.S. dan anaknya. Nabi Huud A.S. berasal dari
keturunan Bani ‘Ád yang merupakan generasi Sam.
Kualiti Kaum ‘Ad Yang
Cemerlang
Kaum ‘Ád bertengkar dengan
anak-anak kaum Ham dan meninggalkan Babylon. Mereka menjadi penduduk di suatu
daerah yang terletak di selatan Arab bersempadan dengan Oman, Yaman dan
Hadramaut. Di sana, mereka membina istana-istana dan kuil-kuil yang menyembah
banyak tuhan dan bintang-bintang . Nama-nama tuhan-tuhan mereka yang utama
ialah Saqiah, Salimah, Raziqah dan Hafizun. Kaum Bani ‘Ád sangat mahir dalam
ukiran batu. Allah telah mengurniakan kepada mereka kekayaan, binatang
ternakan, anak-anak dan taman-taman yang indah. Mereka telah mencapai tamadun
yang tinggi dan Raja mereka yang terkenal ialah Shaddad. Dia membina istana
yang sangat besar berhampiran Adal yang dikenali sebagai Taman Iram (Garden of
Iram). Dia juga adalah raja yang kuat dan menakluki sehingga ke Syria, Iraq dan
sempadan bahagian benua Indo-pakistan. Kaum ini sangat bangga dengan pencapaian
mereka dan menganggap diri mereka unggul dan tidak boleh dilawan. Mereka
tenggelam dalam dosa dan perbuatan ganas serta tidak adil. Mereka sedikitpun
tidak menunjukkan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah,
malah menjadi hamba yang ingkar kepada perintah-Nya.
Kemunculan Nabi Huud A.S. Dan
Menyampaikan Seruan
Nabi Huud A.S. muncul di
tengah-tengah kaum tersebut sebagai pemimpin mereka. Dia berusaha
bersungguh-sungguh untuk membawa mereka kembali menyembah Allah. Baginda
mengarahkan mereka supaya meninggalkan perbuatan mungkar. Mereka langsung tidak
menghiraukan ajaran dan amalan baginda.
“Dan (kami telah mengutus)
kepada kaum ‘Ad, saudara mereka Huud. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah,
sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa
kepada-Nya” (al-‘Araf, 11: 65)
Banjir Melanda
Kaum itu tidak mendengar
seruannya dan tidak menurut perintah Allah. Maka dengan itu, Allah menurunkan
kemurkaan-Nya kepada mereka. Arus yang sangat deras yang jarang berlaku dan
ribut yang sangat dasyat telah melanda kaum tersebut yang hampir memusnahkan
kebanyakan penduduk daripada kaum tersebut. Ayat al-Quran ada menerangkan
seperti berikut:
“Adapun kaum ‘Ad maka mereka
telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi kencang, yang Allah
menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus
menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati mati bergelimpangan
seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)”
(Al-Haqqah, 69: 6-7)
“Maka kami selamatkan Huud
beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari kami, dan
kami tumpaskan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan tiadalah mereka
orang-orang yang beriman.” (Al-'Araf, 7: 72)
Selepas itu, orang-orang yang
bertahan, memulakan hidup baru di Yaman. Makam Nabi Huud A.S. di semadikan di
Hadramaut dan selalunya dikunjungi oleh orang-orang Arab pada bulan Rejab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar