Kisah Nabi Luth A.S
Kedatangan Nabi Lut
Nabi Lut A.S. adalah sezaman
dengan Nabi Ibrahim A.S. Dia adalah pengikut kepercayaan bapak saudara baginda.
Baginda adalah rakyat Ur, bandar besar di Mesopotamia semasa Allah
menganugerahkan kenabian ke atas baginda.
Baginda diperintahkan untuk
meninggalkan tanah asal baginda dan pergi ke Sodom dan Gamorra untuk memberi
amalan dan memulihkan kaum yang terlibat dengan hubungan homoseksual dan
rompakan.
“Dan (kami juga mengutus) Lut
(kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu
mengerjakan perbuatan faahisyah itu, belum pernah dikerjakan oleh seorang pun
(di dunia ini) sebelummu?” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan
nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang
melampaui batas.” (Al-‘Araaf, 7: 80-81)
Dalam ayat yang lain, terdapat
penerangan tentang sifat kaum yang berdosa tersebut.
“Dan (ingatlah) ketika Lut
berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan
yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat
sebelum kamu.” Apakah kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan
kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya
mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk
orang-orang yang benar”. (Al-Ankabut, 29: 28-29)
Nabi Lut A.S. Menyeru Dan
Seruan Ditolak
Nabi Lut A.S. dianggap makhluk
asing oleh kaumnya. Baginda mula gigih menyeru agama Allah kepada mereka.
Baginda menasihati kaumnya untuk mengawal diri mereka menentang hukuman
daripada Allah. Baginda juga menggesa mereka membuang tabiat mereka yang berdosa
dan memberitahu mereka bahwa Tuhan menciptakan wanita untuk memenuhi nafsu
lelaki. Mereka tidak mendengar teguran daripada nabi. Mereka mencemuh dan
mengugutnya dengan akibat yang sangat buruk. Mereka menjawab yang nabi akan
dihalau daripada bandar tersebut sekiranya baginda tidak berhenti menyeru dan
menegur mereka. Ayat dalam al-Quran ada menyebut:
“Jawab kaumnya tidak lain hanya
mengatakan: “Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini;
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.”
(Al-‘Araaf, 7: 82)
Idea yang sama dipaparkan dalam
ayat di bawah:
“Mereka menjawab: “Hai Lut,
sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang
yang diusir” Lut berkata: “Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu”
(Lut berdo’a): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat)
perbuatan yang mereka kerjakan” (Asy-Syura, 26: 167-169)
Masa berlalu, Nabi Lut A.S.
tidak dapat mencapai kejayaan yang dirancang dalam memulihkan orang-orang yang berdosa
tersebut. Mereka tidak merasa malu dan amaran daripada Nabi Lut A.S. membuatkan
mereka marah.
Kemunculan Malaikat Sebagai
Tetamu
Pada suatu hari, tiga malaikat
telah mendatangi Nabi Lut A.S. dengan menyerupai pemuda-pemuda kacak dan
menyampaikan pesanan penting daripada Allah. Nabi Lut A.S. dan pengikutnya
diperintahkan untuk meninggalkan bandar tersebut kerana satu bencana yang
dasyat akan berlaku. Apabila para penduduk mendengar kabar kedatangan pemuda-pemuda
kacak itu, mereka telah coba menyerbu rumah Nabi Lut A.S. dan meminta baginda
menyerahkan pemuda-pemuda itu kepada mereka. Nabi Lut A.S. sangat terkejut dan
berkata:
“Hai kaumku, inilah
puteri-puteri (negeri) ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada
Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah
di antaramu yang berakal?” (Huud, 11: 78)
Mereka menolak rayuan Nabi Lut
A.S. dan berkata:
“Sesungguhnya kamu telah tahu
bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya
kamu tentu tahu apa sebenarnya kami kehendaki” (Huud, 11: 79)
Nabi Lut A.S. sangat kecewa dan
berkata:
“Seandainya aku ada mempunyai
kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang
kuat (tentu aku lakukan)” (Huud, 11: 80)
Malaikat Menyampaikan Pesanan
Nabi Lut A.S. memberi amaran
kepada kaumnya tentang hukuman yang tidak dapat dielakkan sekiranya mereka
masih tetap dengan tabiat buruk mereka. Mereka kemudiannya ketawa dan meragui
Nabi Lut A.S.. Apabila semua usaha yang dilakukan tidak diindahkan maka
malaikat yang menyerupai manusia itu berkata:
“Hai Lut, sesungguhnya kami
adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu
kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di
akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal,
kecuali isteri-isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka
karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah
subuh itu sudah dekat?” (Huud, 11: 81)
Nabi Lut A.S. Dibebaskan Dan
Kaumnya Dimusnahkan
Nabi Lut A.S. dan pengikutnya
meninggalkan bandar pada saat-saat genting di malam hari dan mencari tempat
perlindungan yang selamat. Sejurus selepas mereka sampai di tempat
perlindungan, satu bunyi dentuman yang kuat menggegarkan bumi. Bunyi itu adalah
bunyi gempa bumi yang dasyat dan memusnahkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan.
Batu-batu melambung ke udara menghentam orang-orang yang coba melarikan diri.
Semua orang yang berdosa habis dimusnahkan. Nabi Lut A.S. dan pengikutnya
selamat tetapi isterinya tidak dapat bertahan karena dia bersimpati dengan
penduduk-penduduk lain yang berdosa.
“Maka mereka dibinasakan oleh
suara keras yang menguntur, ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan
bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu
dari tanah yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda.”
(Al-Hijr, 15: 73-75)
Nabi Lut A.S. telah menerima
kasih sayang Allah dan diumumkan sebagai salah seorang yang benar. Dia
meninggal dunia di Palestina dan dikebumikan di Bani Na’ima dekat Habron.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar