Nabi Yunus A.S. juga dikenali
dengan dua nama panggilan yang lain yaitu “Dhun-Nun” (Raja Ikan) dan
“Sahibil-Hot” (Sahabat Ikan). Dalam al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun
(Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami
tidak akan menyempitkan (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang
sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.
Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Al-Anbiyaa',
21: 87)
“Maka bersabarlah kamu (hai
Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangnlah kamu seperti orang (Yunus)
yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang dia dalam keadaan marah
(kepada kaumnya)” (Al-Qalam, 68: 48)
Yunus (Jonah) adalah anak lelaki
Mitta berdasarkan kepada Tradisi yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari tetapi
Taurat menyatakan bahawa nama bapa baginda ialah Amittai.
Apabila kenabian dianugerahkan
ke atas baginda, baginda diperintahkan ke Nineveh untuk menyampaikan seruan
Allah. Nineveh terletak di tebing sungai Tigris. Ia adalah ibu kota Assyria.
Penduduk di sana mengalami keruntuhan moral dan sangat angkuh. Mereka hidup
penuh dengan dosa. Nabi Yunus A.S. mencoba sedaya upaya untuk memulihkan mereka
tetapi mereka hanya memekakkan telinga dengan nasihat dan amaran baginda. Tidak
lama selepas itu, baginda menjadi semakin tawar hati dengan kelakuan penduduk
tersebut. Akibatnya dia menjadi putus asa dan memohon kepada Allah supaya
diturunkan bala ke atas penduduk Nineveh. Baginda hilang sabar dan bertindak
sebelum mendapat arahan daripada Allah. Baginda menyangkakan sudah tentu
baginda tidak akan turut terkena bala tersebut. Lalu Nabi Yunus A.S. meneruskan
perjalanan menuju ke laut dan menaiki sebuah bot. Malangnya, bot tersebut
dipukul ombak dan para kelasi bot menuduh baginda yang membawa nasib malang
tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membuang baginda ke laut tetapi
para penumpang tidak bersetuju. Kemudian, ramai penumpang karam dan nama
baginda disebut juga.
Nabi Yunus A.S. dibuang ke dalam
laut untuk keselamatan bot tersebut. Apabila baginda jatuh ke dalam laut,
seekor ikan yang sangat besar telah menelan baginda. Lalu baginda berada dalam
keadaan yang sangat sengsara. Baginda sadar yang dia perlu mengalaminya kerana
lalai menjalankan tugasnya sebagai seorang nabi. Baginda tidak sepatutnya
melarikan diri tetapi mesti terus bersabar dan bergantung kepada kuasa Allah
walaupun menghadapi suasasana yang tidak menyokong seruan Allah.
Baginda berasa sangat menyesal
dan merayu kepada Allah dengan suara yang merendah diri. Doanya dimakbulkan dan
baginda dibawa ke tepian pantai. Baginda disediakan dengan sepohon pokok yang
rendang.
“Sesungguhnya Yunus benar-benar
salah seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan,
kemudian ikut berundi lalu termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka
ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia
tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap
tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian kami lemparkan dia
ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami utus dia kepada
seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan
kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Ash-shaafaat, 37:
139-148)
Apabila Nabi Yunus A.S. kembali
sehat, baginda diperintahkan untuk kembali ke tempat asal baginda dan
menyelesaikan misi untuk mengubah cara hidup mereka. Ketika itu, penduduk
Nineveh menyesal dan mula mengikut seruan nabi. Allah melimpahkan rahmat-Nya
dan mencapai kemewahan hidup. Mereka telah mendapat kehidupan baru yang
cemerlang.
“...Tatkala mereka (Kaum Yunus
itu), beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan
dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang
tertentu.” (Yunus,10: 98)
Semakin lama penduduk Nineveh
sekali lagi mengamalkan gaya hidup yang dipengaruhi syaitan. Mereka telah mula
menyembah berhala dan melanggar tatasusila. Akhirnya mereka dimusnahkan oleh
Scythians. Nabi Yunus A.S. wafat di Nineveh dan dikebumikan di sana. Mengikuti
cerita sesetengah ahli sejarah, makamnya terletak di kampung Halmol kira-kira
10 batu dari Hebron.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar