Selepas kematian Nabi Sulaiman
A.S., kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan telah berleluasa.
Manusia yang beragama diejek-ejek. Undang-undang Somaria telah membunuh
kebanyakan golongan yang mengetahui dan mengikuti akidah yang sebenar. Pengaruh
kejahatan menjadi semakin buruk dan Allah telah menghantar Nabi Ilyas A.S.
untuk memulihkan manusia pada zaman pemerintahan Raja Ahab dari Israil. Baginda
berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan manusia daripada
mempercayai banyak tuhan dan melarang mereka menyembah Tyrian Bal.
Baginda juga menasihati manusia untuk menyembah Allah dan mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebeum raja dan tukang tiliknya memberitahu yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut. Baginda juga memberitahu yang Tyrian Bal tidak mempunyai kuasa untuk menahan bencana tersebut. Para penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah kepercayaan mereka. Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri dilanda banjir besar dan rakyat mengalami kebuluran. Selepas dua tahun, Nabi Ilyas memohon Allah mengurniakan belas kasihan dan keampunan-Nya kepada penduduk yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal.
Sejurus selepas arus deras
berhenti dan Allah telah menarik balik sumpahannya, Allah telah menyuruhnya
memanggil al-Yas’a menggantikannya. Baginda melaksanakan perintah Allah dengan
penuh ketaatan dan hilang secara misteri. Terdapat satu petikan dalam ayat
al-Quran yang bermaksud:
“Dan ingatlah akan Ismail,
Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik” (Shaad,
28: 48).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar