Adapun
terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan
langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu
kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa
laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata
langit, “Hai
bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang,
beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi,
“Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi,
para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
Bumi berkata
lagi, “Hai
langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para
nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud
serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan
dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak
dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri
dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan
permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku
tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya
Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan
kebagusannya dan berbangga.”
Lalu Allah
S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada
Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih
pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S.
bertanya, “Ya
Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T
berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan
ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian
Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di
taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara
40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang
menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu
bertanya, “Mengapa
engkau menangis, ya buraq?”
Berkata buraq,
“Ya Jibrail, sesungguhnya
aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah
tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak
mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata
Jibrail A.S., “Aku akan
menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian
Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya
kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.
Buraq yang
diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan
Mikraj.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar