Kisah Nabi Musa Dan Harun A.S
Nabi Musa A.S. dan keluarganya
menetap di Mesir. Mereka dikenali sebagai Israel. Akhirnya bilangan mereka
semakin bertambah dan mencapai kekuasaan yang kukuh. Kaum Israel tidak bergaul
dengan penduduk asal yang lain. Mereka tinggal terasing dan dianggap sebagai
bangsa asing di Mesir.
Tindakan Kejam Firaun
Terhadap Kaum Israel
Pada waktu itu, Mesir diperintah
oleh Raja Firaun. Dia sangat sombong, zalim dan berkuasa. Dia rasa dia adalah
Tuhan. Rakyat hidup dalam kesedihan semasa pemerintahannya. Mereka dikerah
untuk bekerja seperti hamba. Mereka dirantai dan dipukul dengan cemeti jika
membantah. Kaum Israel dipandang rendah dalam masyarakat dan hidup dalam
keadaan melarat serta miskin. Sesetengah daripada mereka hidup lemah dan mati
kebuluran. Apabila Firaun mengetahui jumlah penduduk Israel bertambah, dia
berasa sangat risau lalu diapun membincangkan topik itu dengan para
penasihatnya. Mereka mengambil keputusan untuk menghapuskan kaum tersebut
karena tidak mau mereka berkuasa di Mesir. Maka mereka merancang untuk menindas
dan menganiayai kaum Israel dengan berbagai cara. Firaun memerintahkan supaya
anak-anak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga bangsa Israel, mestilah dibunuh.
Tindakan yang zalim oleh Firaun ini diterangkan dalam ayat Al-Quran:
“Kami membacakan kepadamu
sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang
beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan
menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan daripada
mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Dan
Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir)
itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang
yang mewarisi (bumi).” (Al-Qasas, 28: 3-5)
Apabila rakyat mendengar arahan
yang kejam itu, mereka semua merasa sangat terkejut. Para tentara mula mematuhi
arahan raja. Apabila mereka mendengar sahaja terdapat kelahiran anak lelaki,
mereka akan meragut dari tangan ibunya. Mereka tidak menghiraukan tangisan ibu
tersebut dan membuang bayi tersebut ke dalam sungai tanpa rasa kasihan.
Perbuatan itu amat tidak berperikemanusiaan tetapi tidak ada seorang pun
membantah perintah Firaun karena semua rakyat takutkannya. Banyak bayi yang tak
bersalah dibunuh dan diratapi oleh ahli keluarga yang malang. Ibu Musa telah
mengandungkan Harun A.S. dalam tahun sebelum arahan pembunuhan dibuat. Jadi dia
telah melahirkan bayi tersebut dengan selamat.
Nabi Musa A.S. Dihanyutkan
Dalam Sungai
Ibu Nabi Musa A.S. adalah wanita
berketurunan Israel. Pada zaman perintah bunuh dibuat, ibunya telah melahirkan
baginda secara rahsia. Baginda sangat comel semasa baginda masih bayi. Ibunya
berasa sangat risau, suatu hari nanti tentara Firaun pasti akan membuang
bayinya ke dalam sungai. Allah telah mengilhamkan kepadanya supaya dia bersabar
dan tidak takut. Dia dimaklumkan bahwa anaknya akan menjadi seorang nabi. Bayi
tersebut diberi nama Musa. Dia menjaganya selama beberapa bulan sehingga dia merasa
tidak dapat menyembunyikannya lagi. Lalu Allah telah memberi petunjuk
kepadanya.
“Dan kami ilhamkan kepada ibu
Musa; “Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia
ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih
hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan
menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” (Al-Qasas, 28: 7)
Petunjuk yang sama diterangkan
dalam ayat berikut yang bermaksud:
“Yaitu ketika Kami mengilhamkan
kepada ibumu suatu yang diilhamkan, Yaitu: “Letakkanlah ia (Musa) di dalam
peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai (Nil), maka pasti sungai itu
membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Firaun) musuh-Ku dan musuhnya. Dan Aku
telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh
di bawah pengawasan-Ku.” (Thaaha, 20: 38-39)
Apabila Nabi Musa A.S. mencapai
umur beberapa bulan, bagindapun dihanyutkan dalam sebuah peti melalui sungai
Nil semasa hari masih gelap. Kakaknya berusaha mengikut peti tersebut menyusur
sungai yang tenang manakala ibunya pulang dalam keadaan menangis karena tidak
dapat menahan kesedihan. Kakaknya Nabi Musa A.S. bersembunyi dari satu tempat
ke satu tempat sepanjang sungai. Peti tersebut akhirnya sampai di satu kawasan
tebing sungai yang dijadikan tempat mencuci pakaian oleh beberapa orang
penduduk. Mereka mencapai peti yang terapung itu lantas membukanya. Mereka amat
terkejut apabila mendapati seorang bayi di dalamnya.
Nabi Musa A.S. Membesar Di
istana Firaun
Penduduk yang menjumpai kotak
tersebut membawanya kepada Firaun dan keluarganya. Tanpa disadari, kakak kepada
Firaun turut bersama-sama mereka. Isteri Firaun telah sangat menyukai bayi yang
ditemui dan bercadang untuk sebagai anak angkatnya.
“Dan berkatalah isteri Firaun:” (ia)
adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya,
mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”,
sedangkan mereka tiada menyadari.” (Al-Qasas, 28: 9)
Nabi Musa A.S. mula merasa lapar
dan menangis. Bayi tersebut coba disusukan oleh beberapa orang wanita tetapi
gagal. Kakak nabi yang berada di situ berkata: “Bolehkah saya membawa seorang
wanita yang dapat menyusukannya”. Lalu dia diarahkan untuk berbuat demikian
dengan segera. Dia berlari ke rumah dan menerangkan kepada ibunya tentang
kejadian yang telah berlaku. Dia meminta ibunya pergi ke rumah Firaun
bersama-samanya. Lalu sampailah mereka di sana dan Nabi Musa A.S. dapat minum
dengan sepuas-puasnya.
Isteri Nabi Musa A.S. meminta
supaya ibunya dapat tinggal di sana untuk menjaga bayi yang baru dijumpai
tersebut.
“Maka Kami kembalikan Musa
kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia
mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.” (Al-Qasas, 28: 13)
Nabi Musa A.S. membesar seperti
seorang putera. Baginda mempelajari tentang cara hidup Firaun yang tidak baik
dan kezalimannya ke atas bangsa Israel. Walaupun pada akhirnya baginda hidup
dalam serba kemewahan, namun baginda begitu tersiksa jiwanya hidup bersama
Firaun.
Seorang Lelaki Mesir Dibunuh Firaun
Pada suatu hari, baginda melihat
seorang lelaki Israel bergaduh dengan seorang suruhan raja. Baginda muncul
dalam kejadian itu dan coba meleraikan pergaduhan mereka. Namun begitu, lelaki
suruhan raja yang berketurunan Mesir itu, tidak mau berganjak walaupun diminta
beberapa kali. Lalu baginda memukul belakangnya dengan kayu. Lelaki tersebut merasa
pening dan jatuh ke bumi. Nabi Musa A.S. dan sahabat-sahabatnya marah ke
hadapan untuk menyokongnya namun lelaki itu sudah lemah seperti kain buruk.
Tidak lama selepas itu, dia pun meninggal dunia.
Nabi Musa A.S. Merasa
Menyesal
Nabi Musa A.S. berasa sangat
sedih dan menyesal atas kejadian yang berlaku. Ia adalah satu kemalangan bukan
atas niat untuk membunuh. Satu pukulan kayu adalah tidak memadai untuk
menyebabkan kematian seseorang. Baginda menjadi sangat bingung. Baginda rasa
perbuatannya adalah perbuatan syaitan yang hendak mengelirukan manusia. Baginda
sadar akan kesalahannya dan berdoa supaya Allah melindunginya.
“Musa berkata: “Ini adalah
perbuatan syaitan, sesungguhnya syaitan adalah musuh yang menyesatkan lagi
nyata (permusuhannya).” Musa berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menganiayai diriku sendiri karena itu ampunilah aku”. Maka Allah mengampuninya,
sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Al-Qasas,
28: 15-16)
Penghijrahan Nabi Musa A.S. Dan Perkawinannya
Penghijrahan Nabi Musa A.S. Dan Perkawinannya
Tidak lama selepas itu, berita
pembunuhan itu telah tersebar luas. Para penduduk merancang untuk membunuh Nabi
Musa A.S. Baginda merasa takut dan diberi petunjuk supaya berhijrah ke tempat
lain. Firman Allah dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Dan datanglah seorang lelaki
dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata:
“Hai Musa, sesungguhnya pembesar
negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah
(dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat
kepadamu” (Al-Qasas, 28: 20)
Nabi Musa A.S. mengemaskan
pakaiannya dan segera meninggalkan rumah Firaun pada waktu malam semasa semua
orang sedang nyenyak tertidur. Akhirnya baginda sampai di Madian selepas
melalui perjalanan yang sangat memenatkan. Baginda berhenti beristirahat di
suatu tempat mengambil air.
Nabi Musa A.S. melihat dua orang
gadis menunggu giliran dari jauh. Kambing mereka berdiri di sebelah perigi
untuk diberi minum. Nabi Musa A.S. merasakan bahwa kedua orang gadis tersebut
memerlukan pertolongan. Walaupun baginda sangat letih dan lapar namun baginda
ingin juga membantu mereka. Baginda menemui mereka dan bertanya sekiranya mereka
memerlukan bantuan. Mereka merasa rendah diri dan tersipu-sipu malu. Mereka
telah memberitahu bahwa mereka sedang menunggu binatang ternakan mereka. Mereka
bimbang kambing-kambing tersebut akan lari jauh. Jadi Nabi Musa A.S. pun
membawa kambing-kambing itu ke mata air untuk meminum air. Kedua gadis itu merasa
terhutang budi dengan pertolongan baginda. Mereka mengambil kambing-kambing
mereka semula dan membawanya pulang ke rumah. Nabi Musa A.S. pergi beristirahat
semula. Baginda mula merasa sangat sedih dan berdoa kepada Allah meminta
pertolongan-Nya. Sementara itu, dua orang gadis itu datang kepada baginda dan
berkata:
“Maka Musa memberi minum ternak
itu untuk (menolong) keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu
berdoa: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang
Engkau turunkan kepadaku” (Al-Qasas, 28:24)
Nabi Musa A.S. pulang ke rumah
bersama-sama mereka. Apabila mereka memasuki rumah, baginda memperkenalkan
dirinya dengan penuh adab. Sejurus selepas makan malam bersama ahli keluarga
tersebut, baginda diperboleh tinggal bersama dengan mereka. Masa-masa berlalu
dengan baik. Pada suatu hari, ketua keluarga tersebut berkata:
“Berkatalah dia (Syuaib): “Sesungguhnya
aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas
dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh
tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak
memberati kamu. Dan kamu InsyaAllah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang
baik.” Dia (Musa) berkata: “Itulah (perjanjian) antara aku dan kamu. Mana saja
dari kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan
tambahan atas diriku (lagi). Dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan.”
(Al-Qasas, 28: 27-28)
Berdasarkan persetujuan yang
telah di buat, Nabi Musa A.S. mengawini salah seorang daripada anak perempuan
keluarga tersebut. Baginda perlu menjaga ladang dan kambing-kambing dengan
sebaiknya. Nabi Musa A.S. telah berjauhan dengan keluarganya selama beberapa
tahun. Baginda merindui saudara-saudara baginda dan bagindapun memulaikan
perjalanan dari Madian dan ditemani oleh keluarganya.
Seruan Kenabian Kepada Nabi
Musa A.S.
Suatu hari, Nabi Musa A.S.
merentasi padang pasir dan akhirnya sampai ke sebuah gunung bernama Tur.
Baginda terpandang satu cahaya yang terang dari jauh dan baginda menyangkakan
ia adalah satu kawasan unggun api yang boleh memanaskan badan. Tiba-tiba
terdengar satu suara dari sebelah kanan lembah. Ucapannya berbunyi:
“Sesungguhnya Aku inilah
Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di
lembah yang suci, Thuwa. Dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang
akan diwahyukan (kepadamu). Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan
(yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat
Aku”. (Thaaha, 20: 12-14)
Nabi Musa A.S. merasa keliru dan
takut. Cahaya yang kelihatan seperti api itu, bukanlah api yang sebenarnya
tetapi ia adalah cahaya kemuliaan Allah. Saat itu adalah saat Nabi Musa A.S.
diberi penghormatan tertinggi dalam hidupnya.
Beberapa Mukjizat Nabi Musa
A.S.
Allah telah memerintahkan Nabi
Musa A.S. untuk melemparkan tongkat di tangan baginda ke tanah. Baginda pun
menurut perintah tersebut dan alangkah terkejutnya baginda apabila melihat
tongkat tersebut bertukar menjadi ular yang panjang lagi menakutkan. Baginda
menyangkakan yang ular itu akan mematuk baginda tetapi Allah telah memberi
petunjuk kepada baginda supaya jangan gentar dan disuruh pula menangkap ular
tersebut. Apabila baginda menyentuh sahaja ular tersebut, ia bertukar semula
menjadi kayu. Baginda amat terpegun melihat kejadian yang berlaku di hadapan
matanya.
Seketika selepas itu, Allah
memerintahkan Nabi Musa A.S. untuk meletakkan tangannya di bawah ketiak
baginda. Apabila baginda berbuat demikian dan mengeluarkan semua tangan
baginda, maka memancarlah cahaya putih daripada tangan baginda. Apabila
dimasukkan semua tangan di bawah ketiak dan mengeluarkan tangan baginda semula,
ia berubah menjadi seperti sediakala.
Allah Yang Maha Kuasa memberikan
mukjizat-mukjizat tersebut kepada Nabi Musa A.S. supaya baginda merasa lega dan
lebih yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaannya. Baginda akan mendapat
faedah daripada mukjizat-mukjizat tersebut pada masa akan datang.
Nabi Musa A.S. Menetap Di Mesir
Semula
Allah memerintahkan Nabi Musa
A.S. pergi ke Mesir untuk menyelamatkan kaum Israel daripada Firaun dan
memulihkan kaumnya yang telah mengalami keruntuhan akhlak. Nabi Musa A.S. tidak
mahir dalam berdebat. Baginda sentiasa tersekat lidahnya untuk bersuara dengan
fasih. Baginda meminta kebenaran daripada Allah untuk membawa saudara baginda,
Nabi Harun A.S. bersamanya karena baginda adalah seorang yang fasih berdebat.
Permohonan baginda segera ditunaikan.
“Dan Kami telah menganugerahkan
kepadanya sebahagian rahmat Kami, yaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi”
(Maryam, 19:53)
Nabi Musa A.S. Berdebat
Dengan Firaun
Nabi Musa A.S. menetap di Mesir
bersama-sama dengan keluarganya. Mereka pergi menemui Firaun untuk berdebat
dengannya. Mereka menyampaikan mesej daripada Allah tetapi dianggap satu jenaka
oleh Firaun. Namun Nabi Musa A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru.
Raja dan rakyatnya tidak yakin dengan baginda dan akhirnya dalam keadaan
terdesak, baginda berkata:
“Wahai Tuanku, maukah aku
tunjukkan kepadamu bahwa seruanku adalah benar.” Firaun dengan senyuman
mengejek tidak percaya di wajahnya. Lalu Nabi Musa A.S. melemparkan tongkat
baginda ke tanah dan serta merta ia bertukar menjadi ular. Orang ramai merasa
amat takut. Apabila ditangkap semula ular tersebut, ia menjadi tongkat semula.
Semua orang sangat terpegun. Kemudian baginda meletakkan pula tangan di bawah
ketiak baginda. Apabila baginda mengeluarkannya semula, tangan baginda menjadi
bersinar dengan terang.
“Maka Musa melemparkan
tongkatnya, yang tiba-tiba tongkat itu (menjadi) ular yang nyata.” (Asy-Syu’ara
26: 32)
Nabi Musa A.S. Bertanding
Dengan Ahli Sihir
Ketua di istana berkata yang
Nabi Musa A.S. adalah amat mempesonakan. Dia mu mengubah tanggapan rakyat.
Firaun sangat risau dan bimbang jika terdapat sebilangan penduduk mengikuti
ajaran Nabi Musa A.S. Oleh sebab itu dia telah mengadakan satu pertandingan
antara Nabi Musa A.S. dengan para ahli sihir dari serata pelosok negeri untuk
menandingi Nabi Musa A.S. Dia menjanjikan anugerah kepada sesiapa yang
memenangi pertandingan tersebut.
Pada hari yang telah ditentukan,
orang ramai mula berkumpul untuk menyaksikan satu pertandingan yang menarik.
Semua orang tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan yang para ahli sihir
dan mukjizat Nabi Musa A.S. Pada awalnya, ahli-ahli sihir melemparkan tongkat
mereka lalu ia kelihatan seperti ular dari jauh. Para penonton amat terkejut
dan menghargai persembahan yang menakjubkan itu. Tidak lama selepas itu, Nabi
Musa A.S. menggunakan tongkat baginda untuk menunjukkan mukjizat baginda. Ia
menjadi seekor ular besar yang sangat lapar, lantas memakan ular-ular yang
dijelmakan oleh ahli-ahli sihir yang lain. Semua pemerhati menjadi terpegun dan
ahli-ahli sihir mula mempercayai Nabi Musa A.S. dan berkata:
“Kami beriman kepada Tuhan
semesta alam, (yaitu) Tuhan Musa dan Harun.” (Al-A’raf, 7: 121-122)
Memenangkan peristiwa-peristiwa
dalam negeri, Firaun menjadi sangat bimbang. Dia menjadi sangat marah karena
orang-orangnya telah mulai mengikuti ajaran Nabi Musa A.S. Dia mengancam mereka
dengan akibat yang dasyat. Dia berkata:
“Demi, sesungguhnya aku akan memotong
tangan-tangan dan kakimu dengan bersilang secara bertimbal balik. Kemudian
sungguh-sungguh aku akan menyalib semuanya”. (Al-A’raf, 7: 124)
Penindasan Terhadap Nabi Musa
A.S. Dan Pengikutnya
Firaun dan pengikutnya mulai
menindas pengikut-pengikut Nabi Musa A.S. Kaum Israel tetap bersabar dan mulai
beribadat di rumah mereka serta sentiasa berdoa kepada Allah. Mereka berkata:
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
jadikan kami mendapat fitnah (cobaan) dari kaum yang aniaya” (Yunus, 10: 85)
Apabila kaum Israel dalam
keadaan amat tertekan dan menderita, Allah memerintahkan Nabi Musa A.S. dan
para pengikut baginda meninggalkan kawasan tersebut dan berjanji akan
menyelamatkan mereka. Maka mereka pun mengikuti perintah tersebut dan
meninggalkan kawasan tersebut secara senyap.
Nabi Musa A.S. Meninggalkan
Mesir
Semasa hari gelap, satu kumpulan
kaum Israel meninggalkan Mesir. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk
memastikan mereka terlepas daripada pengawasan orang-orang Firaun. Mereka bergerak
dengan pantas dan yakin bahwa mereka akan diselamatkan oleh Allah. Keesokan
harinya, kawasan penduduk Israel didapati lengang. Apabila Firaun mendapat tahu
kehilangan mereka, dia menjadi amat marah dan menghantar bala tentaranya untuk
mengejar mereka. Dia mengarahkan mereka dibawa pulang semula. Sampainya Nabi
Musa A.S. dan para pengikut baginda di tepi pantai, mereka terdengar bunyi
tapak kaki kuda. Lalu mereka menjadi sangat takut dan merasakan yang mereka
akan ditangkap dan dihukum oleh musuh-musuh tersebut.
Laut Terbelah Dan Firaun
Tenggelam
Semasa Nabi Musa A.S. dan para
pengikutnya dikejar, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa A.S.
“Lalu Kami wahyukan kepada Musa:
“Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan
tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar”. (Asy-Syu’ara, 26:63)
Air laut melambung tinggi. Dasar
laut menjadi kering. Ia adalah mukjizat yang amat menakjubkan. Mereka seperti
tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Dalam keadaan terdesak, mereka
meluru ke hadapan dan Firaun juga mengejar mereka dari belakang. Namun begitu,
Firaun dan para pengikutnya telah ditenggelami air laut yang bercantum dari
sebelah kiri dan kanan. Terdapat ayat al-Quran yang berkaitan dengan kejadian
tersebut:
“Maka Firaun dengan bala tentaranya
mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka”
(Thaaha, 20: 90-92)
Jasad Firaun sehingga kini masih
elok bersemadi di Museum Mesir sebagai tanda peringatan kepada manusia yang durhaka.
Apabila Nabi Musa A.S. dan
seribu pengikutnya terselamat daripada Firaun. Mereka rasa amat bersyukur
kepada Allah. Mereka telah menyaksikan mukjizat yang menakjubkan dan mereka
sekarang hidup bebas mengikut ajaran Allah.
Nabi Musa A.S. Menerima
Arahan
Allah telah memerintahkan Nabi
Musa A.S. untuk pergi ke sebuah gunung untuk bertapa. Baginda berada di sana
selama 40 hari. Semasa tempo tersebut, Allah telah mewahyukan ilmu keagamaan
yang banyak kepada baginda dan dikurniakan kitab yang mengandungi sepuluh
perintah. Suatu hari Nabi Musa A.S. berkata:
“Dan tatkala Musa datang untuk
(munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah
berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah
(diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau”. Tuhan berfirman:
“Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka
jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku”.
Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur
luluh dan Musapun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata:
“Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama
beriman.” (Al-A’raaf, 7: 143)
Pada hari yang ditetapkan,
baginda menemui pengikutnya dengan wahyu yang diterima.
Kaum Israel Menyembah Anak
Lembu
Nabi Musa A.S. merasa sangat
sedih apabila mengetahui sebilangan kaum baginda telah mula menyembah lembu
bukannya Allah, Tuhan yang satu. Apabila saudara baginda, Nabi Harun A.S.
menasihati mereka supaya kembali kepada Allah tetapi langsung tidak dihiraukan
oleh mereka.
Kadangkala mereka menyiksa
baginda Nabi Musa A.S. yang coba dengan sedaya upaya untuk bangun kembali di
tengah-tengah kaum Israel. Sesetengah mereka kembali ke jalan yang benar tetapi
kebanyakan mereka tetap juga menyembah lembu. Nabi Musa A.S. berkata kepada
kaumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu menyembelih seekor sapi betina” (Al-Baqarah, 2:67)
Kebanyakan mereka melakukannya
dengan teragak-agak tetapi yang lainnya menolak. Nabi Musa A.S. tetap menyeru
kepada kaumnya tentang mesej terbaru dari Tuhan.
Mukjizat Yang Lain
Tibalah satu musim kemarau.
Keadaan ini menyebabkan kekurangan air dan buah-buahan serta makanan. Para
penduduk mulai mati kelaparan. Nabi Musa A.S. berdoa kepada Allah dan Allah menurunkan
mereka bahan makanan tetapi tidak terdapat air di kawasan tersebut. Mereka
menemui Nabi Musa A.S. untuk meminta pertolongan. Baginda memohon keajaiban
daripada Allah maka baginda diarahkan untuk memukul tebing yang tinggi dengan
tongkatnya. Nabi Musa A.S. melakukannya sambil berkata: Dengan Nama Tuhan,
Allah yang Maha Kuasa. Maka terbitlah air dari tebing tersebut.
Terdapat 12 tempat pada tebing
tersebut yang mengeluarkan air yang sejuk. Orang ramai terpegun dengan kejadian
yang menakjubkan itu. Ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Musa
memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan
tongkatmu”. Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap
suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah
rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi
dengan berbuat kerusakan” (Al-Baqarah, 2: 60)
Kaum Israel terdiri daripada 12
cabang dari keturunan Nabi Ya’qub A.S. Jadi, setiap cabang keturunan tersebut
datang untuk minum dari setiap mata air tersebut. Mereka minum dengan tenang
tanpa berebut-rebut di mata air masing-masing.
Kaum Israel Mencapai
Kemenangan Dan Kemewahan
Selepas tinggal di gurun untuk
satu tempo masa, Nabi Musa A.S. merancang untuk berhijrah ke tanah suci
Palestina. Nabi Musa A.S. menghantar 12 orang lelaki untuk meninjau tempat
tersebut. Selepas beberapa hari, mereka kembali dan mengumumkan bahwa di sana
terdapat pepohon menghijau dan ladang yang subur. Kawasan itu juga mempunyai
bekalan air yang cukup. Berita ini membuatkan semua orang ingin berhijrah ke
sana. Mereka juga diberitahu yang pemilik tanah tersebut kuat dan berani.
Mereka juga mempunyai tentara yang kebal. Maka mustahil bagi mereka untuk
menakluki tanah tersebut tanpa berperang. Kaum Israel menjadi sangat takut
karena mereka tidak mempunyai kekuatan dari segi ketentaraan. Nabi Musa A.S.
bersama kumpulan kecil kaum Israel mau pergi menentang orang-orang Palestina
namun kebanyakan daripada mereka menolak. Sebahagiannya berkata: “Pergilah kamu
dengan Tuhanmu melawan mereka. Kami akan berada di sini dan menunggu”
Selepas beberapa tahun, bilangan
mereka bertambah. Akhirnya mereka dapat membina satu pasukan tentara dan coba
menakluki tanah kaya Palestin. Akhirnya mereka berjaya menjadi pemerintah bumi
Palestina dan Allah mengurniakan kepada mereka kesenangan hidup di bumi
tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar