Kelahiran
Nabi Ismail
Nabi
Ibrahim merupakan putera pertama nabi Ibrahim. Bonda baginda ialah Siti Hajar
yang merupakan isteri kedua nabi Ibrahim. Siti Hajar merupakan seorang wanita
yang setia. Beliau berkahwin dengan nabi Ibrahim dengan keizinan isteri pertama
baginda, Siti Sara. Nabi Ismail dilahirkan ke dunia hasil doa nabi Ibrahim yang
begitu inginkan zuriat.
“Ya
Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang sabar.”(ash-Shaafaat,
37:100-101)
Tidak
lama selepas kelahiran nabi Ismail, baginda dibawa berhijrah oleh ayahandanya,
nabi Ibrahim beserta Siti Hajar ke sebuah tempat yang tandus di atas perintah
Allah. Di sana baginda telah ditinggalkan bersama bondanya. Tempat ini
merupakan sebuah lembah gersang yang tidak mempunyai sumber air dan hidupan
lain.Walaupun berat hati nabi Ibrahim untuk meninggalkan puteranya yang baru
lahir dan isterinya yang tercinta, namun atas kepatuhannya kepada perintah
Allah, baginda terpaksa pergi. Baginda menyerahkan segalanya kepada Allah di
samping berdoa,
“Ya
Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah
yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang
dihormati, Ya Tuhanku kami (yang demikian itu) agar mendirikan shalat, maka
jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah
mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Ibrahim, 14:37)
Suasana
pemergian nabi Ibrahim adalah sungguh hiba. Nabi Muhammad pernah bersabda, Nabi
Ibrahim membawa isteri dan anaknya yang masih lagi menyusu. Mereka ditempatkan
berdekatan dengan tapak Kaabah sekarang. Pada waktu itu Mekah masih lagi tidak
berpenghuni dan tiada sumber air. Nabi Ibrahim turut meninggalkan bungkusan
berisi tamar dan bekas kulit yang penuh dengan air. Di saat keberangkatan nabi
Ibrahim, Siti Hajar mengejar baginda seraya berkata, “Wahai kekandaku, ke
manakah kekanda akan pergi? Tergamak hati kekanda meninggalkan kami
bersendirian di bumi yang tandus ini. Apakah yang kami akan lakukan setelah
bekalan ini habis kelak?” Siti Hajar mengulanginya beberapa kali, namun nabi
Ibrahim tetap meneruskan langkahnya. Kemudian Siti Hajar bertanya adakah ini
perintah dari Tuhan. Nabi Ibrahim menganggukkan kepalanya dan terus berjalan.
Siti Hajar berpatah balik dengan penuh reda, kerana percaya bahawa Allah
sentiasa berada disisinya dan melindunginya.
Tidak
lama kemudian, bekalan yang ditinggalkan mulai habis. Nabi Ismail mulai
menangis kerana kehausan. Siti Hajar tidak sampai hati melihat keadaan anaknya.
Dia berlari tujuh kali berulang dari Bukit Safa dan Marwa untuk mencari air.
Semasa berlari untuk kali kelapan, beliau melihat anaknya, nabi Ismail
menghentakkan kakinya ke tanah. Maka dengan kuasa Allah, terpancutlah air dari
rekahan tanah yang dihentak tadi. Siti Hajar lantas meminum air itu dan terus
menyusui Nabi Ismail. Mata air itu terus mengalir hinggalah sekarang dan
dikenali sebagai air zam zam.
Dugaan
dari Tuhan
Peristiwa
Siti Hajar berlari di antara Bukit Safa dan Marwa merupakan satu sejarah besar
di dalam Islam. Ia telah dijadikan salah satu daripada Rukun Haji. Di samping
itu, peristiwa bagaimana nabi Ismail menjadi korban juga mengingatkan kita akan
ketakwaan baginda kepada Allah. Nabi Ibrahim telah menerima wahyu dari Allah
untuk mengorbankan anaknya, nabi Ismail. Kedua-dua anak beranak ini, akur
dengan perintah Allah, walaupun telah digoda oleh syaitan. Semasa nabi Ibrahim
ingin menyembelih leher anaknya, malaikat telah membalikkan pisau yang tajam
itu, dan membisikkan kepada baginda akan wahyu Tuhan agar tidak meneruskan
penyembelihan itu, sebaliknya cukuplah sekadar mengorbankan seekor kambing
biri-biri.
Apabila
sudah dewasa, nabi Ismail berkahwin dengan seorang gadis, tetapi akhirnya
mereka bercerai kerana isteri baginda sudah berlaku tidak sopan kepada nabi
Ibrahim yang telah menyamar menjadi seorang tua. Kemudian nabi Ismail telah
berkahwin dengan puteri ketua suku Jurhum dan perkahwinan ini berkekalan.
Pembinaan
semula Baitullah
Baitullah
yang juga dikenali sebagai Kaabah merupakan arah kiblat bagi semua umat Islam
bersembahyang untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kaabah pada mulanya telah
dibina oleh nabi Adam, bapa kepada sekalian manusia. Apabila banjir besar
melanda Mekah, Kaabah telah rosak. Nabi Ibrahim telah membinanya semula di atas
tapak yang sama.Baginda telah meminta nabi Ismail untuk mencari sebiji batu
bagi menandakan penjuru bagi Kaabah. Maka Jibril telah memberikan nabi Ismail
petunjuk untuk mencari sebiji batu yang diberi nama Hajarul Aswad. Semasa batu
itu diletakkan, mereka telah berdoa;
“(Ingatlah)
ketika Ibrahim mempertinggi asas Bait (Kaabah) bersamai Ismail, (kemudian
berkata): Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami dua orang
muslim, (patuh mengikut Mu) dan dari anak cucu kami menjadi umat muslim bagi
Engkau, dan perlihatkanlah kepada kami 'amalan haji' dan terimalah taubat kami,
sesungguhnya Engkau Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah,
2:127-129)
Pendudukan
Mekah
Nabi
Ismail dan ibunya tinggal berhampiran dengan Kaabah. Keturunan mereka
berkembang kepada suku-suku kaum di Mekah. Salah satu darinya dikenali sebagai
Quraisy. Daripada suku ini, telah lahir seorang manusia yang agung yaitu Nabi
Muhammad SAW. Mekah kemudiannya telah menjadi pusat perkembangan Islam yang
termasyhur di seluruh dunia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar