Majlis yang paling mulia adalah majlis dzikir
dan ilmu. Sekarang, bagaimana menurutmu bila seorang manusia terpilih dan
pembimbing umat maju mengenengahkan pembicaraan dan pengarahan dan bimbingan-nya!
Beliau selalu menjelaskan sesuatu kepada orang yang keliru, meluruskan
kesalahan orang yang jahil, memperingatkan orang yang lalai, sama sekali tidak
di dapatkan dalam majlis beliau kecuali kebaikan-kebaikan. Hal itu adalah salah
satu bukti kesucian majlis dan ketulusan hati beliau.
Beliau selalu menyemak dengan baik dan mendengarkan dengan saksama
orang yang berbicara kepada-nya. Akan tetapi beliau tidak mahu mendengarkan ghibah
(gunjingan) dan tidak rela mendengarkan namimah (hasutan) dan buhtan
(tuduhan palsu dan ucapan bohong). Beliau selalu membela kehormatan orang lain.
Dari 'Itban bin Malik t ia berkata: "Pada
sebuah kunjungan, beliau mengerjakan shalat rumah kami. Selesai shalat beliau bertanya:
“Di mana gerangan Malik bin Ad-Dukhsyum?” Ada seseorang yang menyahut: “Dia adalah seorang munafik, dia
tidak mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam segera
menegur seraya berkata: “Jangan ucapkan demikian, bukankah kamu me-ngetahui dia telah mengucapkan
kalimat syahadat Laa ilaaha illallaahu semata-mata mengharapkan pahala melihat
wajah Allah?”
Sesungguhnya Allah S.w.t telah mengharamkan atas neraka setiap orang yang mengucapkan Laa ilaaha
illallaahu semata-mata mengharapkan pahala melihat wajah Allah ! Sesungguhnya
Allah telah mengharamkan atas Neraka setiap orang yang mengucapkan Laa ilaaha
illallaahu semata-mata mengharapkan pahala melihat wajah Allah ! (Muttafaq 'alaih)
Beliau sangat memperingatkan dari persaksian
palsu dan perampasan hak!
Dari Abu Bakar radhillaahu anhu ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah bersabda:
“Inginkah aku khabarkan kepadamu tentang dosa-dosa yang paling
besar?” Kami
menjawab: “Tentu
saja wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam!” Beliau berkata: “Mempersekutukan Allah , mendurhakai
kedua orang tua, lalu beliau bangkit dari sandarannya sambil ber-kata: “Ketahuilah, berikutnya adalah
persaksian palsu!”
beliau terus mengulangi ucapan itu sehingga kami berharap beliau
menghentikannya.” (Muttafaq 'alaih)
Meskipun beliau mencintai 'Aisyah radhiallaahu
anha, beliau tetap menyanggah ghibah yang diucapkan isteri beliau tercinta itu. beliau
jelaskan kepadanya betapa besar bahaya ghibah.
'Aisyah radhiyallahu 'anha pernah berkata: “Cukuplah bagimu tentang kekurangan
Shafiyyah radhiyallahu 'anha bahwa dia begini dan begini.” Perawi menjelaskan: Iaitu pendek tubuhnya. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam langsung menegur:
“Engkau telah mengucapkan sebuah kalimah yang seandainya dicampur dengan air lautan nescaya akan mengotorinya.” (HR. Abu Daud)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah
memberikan khabar
gembira bagi orang yang membela kehormatan saudaranya (seagama). Beliau
bersabda:
“Barangsiapa yang membela kehormatan saudara-nya dari perkataan ghibah, niscaya Allah S.w.t akan membebaskannya dari api Neraka.” (HR. Ahmad)
Oleh : Chaerol Riezal
Tidak ada komentar:
Posting Komentar