1. Janganlah engkau gantungkan hatimu
kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2.
Jadikan cintamu kepada-Ku sebab
tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3.
Bersungguh-sungguhlah engkau
mencari syurga.
4.
Putuskan harapan dari makhluk
kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5.
Rajinlah mengerjakan sembahyang
tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim
bin Adham berkata, “Telah
datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil
guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna
kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu
mereka berkata, “Kami
wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1.
Orang yang banyak bicaranya
janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2.
Orang yang banyak makan janganlah
kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3.
Orang yang banyak bergaul dengan
manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4.
Orang yang cinta kepada dunia
janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5.
Orang yang bodoh janganlah kamu
harapkan sangat akan hidup hatinya.
6.
Orang yang memilih berkawan dengan
orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7.
Orang yang mencari keredhaan
manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Oleh : Chaerol Riezal
Tidak ada komentar:
Posting Komentar