Bunga Rampai Aceh

Selamat Datang Di "Bunga Rampai Aceh" Http://ChaerolRiezal.Blogspot.Com

11 Mei 2013

MENGHIDUPKAN KEMBALI KEMATIAN


Menghidupkan Kembali Kematian

Kematian masih merupakan misteri yang belum terpecahkan. Ia akhir dari kehidupan dan tak ada seorang pun yang pernah mengalami kematian. Masih ada kabut sangat tebal yang menyelubunginya. Selama ini, pengetahuan kita tentang kematian hanya sebatas si-A sedang sekarat (dying) atau telah mati. Tak ada yang pernah tahu seperti apa wujud kematian itu sendiri.

MANUSIA, KEBUDAYAAN, DAN BAHASA


Manusia, Kebudayaan, Dan Bahasa

A.    Pengertian Manusia, Kebudayaan dan Bahasa

Manusia

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang terdiri dari tubuh yang paling sempurna jika dibandingkan dengan makhluk – makhluk lain. Kesempurnaan itu terletak pada adab dan budaya. Manusia beradab atau berbudaya karena dilengkapi oleh penciptanya dengan akal, nurani dan kehendak yang terdapat dalam jiwa manusia.

KISAH WALIYULLAH ACEH, ABU IBRAHIM WOYLA


Kisah Waliyullah Aceh, Abu Ibrahim Woyla

Keajaiban-keajaiban yang melekat pada sosook Abu Ibrahim Woyla, yang oleh sebagian ulama di Aceh menilai bahwa Abu Ibrahim Woyla adalah seorang ulama yang sudah mencapai tingkat Waliyullah (Wali Allah).

ISLAM PADA MASA KHULAFAUR RASYDIN


Islam Pada Masa Khulafaur Rasydin

Pengertian Khulafaur Rasyidin

Khalifah dalam bahasa Indonesia dapat diartikan pengganti atau orang yang berada di belakang seseorang. Khalifah adalah bentuk tunggal, bentuk jamaknya adalah khulafa’, sedangkan al-Rasydyn dalam bahasa Indonesai berarti benar, pintar, atau lurus.

6 Mei 2013

KISAH NABI YUSUF A.S


Kisah Nabi Yusuf A.S

Nabi Ya’qub A.S. mempunyai 12 orang anak lelaki. Salah seorang daripadanya bernama Yusuf yang mempunyai perjalanan hidup yang menarik. Yusuf adalah seorang pemuda yang kacak, berbudi pekerti mulia dan berpersonaliti menarik. Nabi Ya’qub mempunyai pengaruh yang besar terhadap Yusuf, anak yang paling disayangi baginda. Saudara-saudara Yusuf mulai merasa cemburu dan mereka bersatu menentang Yusuf dan merancang untuk menyingkirkannya keluar.

KISAH NABI SYUAIB A.S


Kisah Nabi Syuaib A.S

Perihal Penduduk Madyan

Pada suatu waktu yang lalu, sebuah negeri telah dijajah di utara Arab. Negeri ini dinamakan Madyan karena anak kanda nabi Ibrahim yang bernama Madyan telah menetap di sana. Ia merupakan tanah yang subur dan kaya dengan khazanah alam semula jadi. Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah. Kekayaan telah menyebabkan mereka menjadi keras hati dan suka melawan. Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengindahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah menghantar Shu’ayb untuk memperbaiki dan mencurakkan semula penduduk di Madyan. Seperti di dalam al Quran (al-A’raaf:85),

KISAH NABI SULAIMAN A.S


Kisah Nabi Sulaiman A.S

Nabi Sulaiman a.s. adalah anak bungsu kepada Nabi Dawud a.s. Baginda dilahirkan di Jurusalem. Ibu baginda bernama Saba. Oleh karena dia adalah anak lelaki yang berketerampilan, Nabi Dawud a.s. melantik baginda sebagai pewaris dan diangkat menaiki takhta selepas kematian bapak baginda. Baginda adalah seorang yang bijaksana, penguasa yang adil dan mempunyai pegangan kepercayaan yang utuh.

KISAH NABI NUH A.S


Kisah Nabi Nuh A.S

Keruntuhan Moral

Nabi Adam A.S. telah meninggalkan keturunannya dalam keadaan dalam keadaan sosial dan moral yang baik namun begitu akhirnya mereka mulai melupakan ajaran Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dan terlibat dalam rasuhan dan kerusakan akhlak. Mereka menjadi kedekut, pengikut syaitan dan tamak haloba. Seluruh masyarakat berpecah-belah kepada beberapa bahagian. Keadaan negeri ini menyebabkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam negara.

KISAH NABI MUSA DAN HARUN A.S


Kisah Nabi Musa Dan Harun A.S

Nabi Musa A.S. dan keluarganya menetap di Mesir. Mereka dikenali sebagai Israel. Akhirnya bilangan mereka semakin bertambah dan mencapai kekuasaan yang kukuh. Kaum Israel tidak bergaul dengan penduduk asal yang lain. Mereka tinggal terasing dan dianggap sebagai bangsa asing di Mesir.

KISAH NABI MUHAMMAD BAGINDA RASULULLAH S.A.W.


Kisah Nabi Muhammad Baginda Rasulullah S.A.W.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 571 Masehi di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan yaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Abdullah dalam perjalanan pulang dari Syam  (Syiria) kerana berniaga. Di tengah-tengah perjalanan pulang ke Mekah maka sakitlah beliau hingga wafat di Madinah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Sebelum nabi dilahirkan, ibunya sudah mendapat alamat tentang akan lahirnya.

KISAH NABI LUTH A.S


Kisah Nabi Luth A.S

Kedatangan Nabi Lut 

Nabi Lut A.S. adalah sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S. Dia adalah pengikut kepercayaan bapak saudara baginda. Baginda adalah rakyat Ur, bandar besar di Mesopotamia semasa Allah menganugerahkan kenabian ke atas baginda.

Baginda diperintahkan untuk meninggalkan tanah asal baginda dan pergi ke Sodom dan Gamorra untuk memberi amalan dan memulihkan kaum yang terlibat dengan hubungan homoseksual dan rompakan.

KISAH NABI ISA A.S


Kisah Nabi Isa A.S

Isa adalah keturunan Daud dan Sulaiman. Dialah rasul dari kalangan Bani Israel yang pengaruhnya menyebar hingga di luar kalangan Yahudi. Tahun kelahirannya hingga kini dijadikan dasar perhitungan kalender Masehi. Adapun tanggal kelahirannya tidak pernah dinyatakan secara jelas. Yang pasti bukan tanggal 25 Desember yang sekarang diperingati sebagai Hari Natal, karena penentuan tanggal itu lebih dikaitkan dengan mitologi serta perhitungan astronomi menyangkut perubahan posisi bumi terhadap matahari.

Kisah Isa diawali dari peristiwa kedatangan malaikat menemui Maryam yang tinggal di kamarnya di Baitul Maqdis. Maryam menyangka malaikat itu adalah laki-laki yang hendak menggodanya. Tetapi sang malaikat menyatakan dirinya hanya diutus Allah untuk menyampaikan kabar bahwa Maryam akan punya putra. Sebuah kabar yang sempat tak dipercayai Maryam karena dirinya seorang perempuan baik-baik dan tak pernah berhubungan dengan laki-laki.

KISAH NABI IBRAHIM A.S


Kisah Nabi Ibrahim A.S

Kedatangan Nabi Ibrahim A.S.

Pada suatu ketika dahulu, Allah telah memberi penghormatan dengan memilih Ibrahim sebagai nabi. Baginda berasal dari Mesopotamia yang sekarang dikenali sebagai Iraq Selatan. Baginda adalah model yang sesuai untuk umat manusia. Allah telah menyebutnya dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan seorang yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang salih” (An-Nahl, 16: 120-122).

KISAH NABI DAWUD A.S


Kisah Nabi Dawud A.S

Nabi Dawud a.s. berasal dari Bani Israil, keturunan Yahudza bin Nabi Yaakub a.s. Nama baginda telah disebut sebanyak 16 kali dalam al-Quran. Baginda adalah nabi dan raja yang mempunyai kerajaan yang diperturunkan kepada puteranya Sulaiman a.s. Mereka dikurniakan kenabian dan kurniaan kebaikan dunia dan akhirat.
“Dan Allah telah memberikan kerajaan dan hikmah kepada Dawud serta mengajarkan apa-apa yang dikehendaki-Nya” (Al-Baqarah, 2: 251)

KISAH NABI AYYUB A.S

Kisah Nabi Ayyub A.S

Nabi Ayyub A.S. adalah salah seorang daripada keturunan Nabi Ibrahim A.S. dan juga anak saudara Nabi Ya’qub A.S. Baginda diutuskan untuk memulihkan kaum yang tinggal di padang pasir yang terletak di timur laut Palestina.
Apabila Nabi Ayyub A.S. dipilih menjadi nabi, baginda mula mengajar para penduduk tentang agama Allah. Baginda menasihati mereka untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Seperti nabi-nabi yang lain, sedikit sahaja yang mahu mendengar ajaran baginda pada mulanya, tetapi akhirnya jumlahnya makin bertambah.

KISAH NABI ADAM A.S


Kisah Nabi Adam A.S

Setelah Allah s.w.t menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.